Walaupun berat hati, ahli akar umbi Umno bersetuju untuk mempertimbangkan supaya MIC dibenarkan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, tetapi mereka menolak timbalan presidennya Datuk G Palanivel. Pada pilihan raya umum yang lalu, calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengalahkan Palanivel yang mewakili BN dengan hanya kelebihan 198 undi. Bagaimanapun jumlah undi rosak yang dicatatkan adalah 1466 iaitu tujuh kali ganda daripada majoriti Zainal.
Seorang pemimpin Umno cawangan di parlimen tersebut berkata, Palanivel ditolak ekoran "tidak menunaikan janji dan (rakyat) sudah hilang kepercayaan kepadanya".
"Bagi saya ia (perebutan kerusi) bukan masalah kuota, tetapi masalah calon. Banyak janji-janji (pilihan raya), beliau tidak tunaikan.
"Selama empat penggal beliau bertanding, kenapa dia kalah (pada 2008)? Ini kerana undi protes.
"Sekurang-kurangnya, kalau (letak) calon dari MIC, carikan orang lain. Kalau MIC letak Datuk G Palanivel, berat sedikit nak menang. Orang sudah hilang kepercayaan kepadanya," kata seorang lagi pemimpin Umno daripada DUN Batang Kali.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, pemimpin berkenaan berkata, sekiranya BN tetap mahu memilih calon daripada MIC, mereka mesti mengenetepikan Palanivel.
"Selain Palanivel, masih ada harapan," kata seorang pemimpin Umno cawangan di DUN Batang Kali.
Manakala seorang lagi pemimpin akar Umbi Umno daripada DUN yang sama memberitahu, bantahan terhadap Palanivel turut disuarakan semua 130 pemimpin kanan cawangan kepada ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan Ahad lalu.Menurutnya, tuntutan itu turut mengambil kira suara pengundi Cina yang mahukan pucuk pimpinan parti menyerahkan semula kerusi tersebut kepada Umno.
"Kita bantah seratus peratus. (Palanivel) banyak berjanji, tapi tak banyak ditunaikan," katanya senada dengan pemimpin akar umbi yang lain.
Malah, pemimpin tersebut bukan sahaja menolak Palanivel, tetapi masih berkeras mahukan Umno bertanding di kerusi parlimen itu.
Sumber menambah, sejak 2008 lagi, kira-kira 90 peratus cawangan telah menolak MIC bertanding lagi di kawasan parlimen tersebut.
Sementara seorang lagi pemimpin Umno cawangan mendakwa Palanivel tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan tidak mempunyai "sentuhan langsung" dengan rakyat.
UMNO Tidak Sokong Calon MIC
Posted:
Tuesday, April 6, 2010 |
Posted by
huhu
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(44)
-
▼
April
(44)
- Pesanan Zaid Irahim
- Hulu Selangor: Pengundi Perlu Pertahan Maruah!!
- Hari Terakhir - Diari Hulu Selangor
- Hari ketujuh - diari Hulu Selangor
- Guna Akal Untuk Menilai Politik di Hulu Selangor
- Generasi Ke-2 Felda Dapat Pembelaan Kerajaan Selangor
- Anwar: Najib Dicabar Debat Isu APCO di Hulu Selang...
- Pengundi Muda hulu Selangor Dirayu Pulang Kuburkan BN
- Hulu Selangor: Rumah Kosong Dikecuali Cukai Pintu
- Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz Ampunkan Zaid, Siapa ...
- Hari keenam - diari Hulu Selangor
- BN Bukan Tabur Janji Tapi Tabur Fitnah
- Hari kelima: Program kempen di Hulu S'gor
- Hari keempat: Program kempen di Hulu S'gor
- MIC Lawan PKR, Calon Bebas Angkat Bendera Putih
- Zaid calon Bersih
- Laporan Sekitar Hari Penamaan Calon Piliharaya Kec...
- Hulu Selangor Perlu Pandang Serius Isu APCO
- PRK Hulu Selangor:'Mr Sivaji' ka 'Mr MGR 'ka , mud...
- Kawasan Panas!!
- UMNO kempunan Tak Dicalonkan
- BN bubar Jentera Pilihanraya
- Cramah Anwar di Sungai Selisek
- Najib Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Perhubungan ...
- BN terbalik Di Hulu Selangor
- Khir Toyo Pening Dipijak
- UMNO Persetankan MIC
- Esok Pengumuman Calon PKR
- Peneroka Sg Buaya harap BN selesai isu pampasan
- Hulu Selangor Cerminkan Najib Ditolak Jatuh Kedala...
- Kempen BN Hulu Selangor Tiada Sambutan
- Pengundi Hulu Selangor Matang, Tolak Propaganda Um...
- Jatuhkan Umno-Bn di Hulu Selangor Jika Prihatin De...
- Palanivel Calon tunggal MIC
- BN letak Calon Bermasalah
- Persiapan Rapi Pakatan Rakyat Dalam Menghadapi PRK
- Najib Minta Senyap tentang Calon BN Hulu Selangor
- Sungai Buaya, Hulu Selangor, Bangkit Menentang UMN...
- PRK Hulu Selangor BN Baru Nak Turun Padang Rakyat ...
- UMNO Tidak Sokong Calon MIC
- Blog Khas PRK Hulu Selangor
- Ku LI Persenda Najib
- Najib Gentar Hadapi PRK Hulu Selangor
- Ingat APCO Jangan Undi BN
-
▼
April
(44)
My Blog List
-
-
-
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno6 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?10 years ago
-
Media Janji Akan Bersikap Adil14 years ago
-
-
0 comments:
Post a Comment