KEPALA BATAS, 14 April: Isu APCO Worldwide yang mencalarkan nama Umno dan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya dipandang serius oleh para pengundi di kawasan parlimen Hulu Selangor. Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain berkata, apa yang dibuktikan oleh kerajaan sekarang harus menjadi satu penilaian kepada rakyat khususnya di kawasan itu yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 25 April ini. Menurutnya, ekoran daripada apa yang berlaku itu, maka rakyat khususnya dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor harus menolak kerajaan Umno/BN daripada memenangi pilihan raya kecil tersebut. Katanya, keangkuhan Umno/BN akan berterusan sekiranya mereka masih lagi mendapat mandat daripada rakyat walaupun tindakan yang telah dilakukan itu tidak selaras dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini. "Saya yakin, rakyat kawasan Hulu Selangor mampu untuk membuat perubahan dengan tidak memberi sokongan kepada BN sekali lagi sebagaimana yang telah mereka buktikan dalam pilihan raya umum yang lalu," katanya lagi. Katanya, penglibatan sebuah syarikat yang ternyata bersekongkol dengan Israel adalah satu pengkhianatan yang dilakukan Umno/BN terhadap umat Islam di negara ini. Beliau berkata, tindakan kerajaan meneruskan aktiviti APCO Worldwide membuktikan mereka tidak prihatin terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam. "Sekiranya mereka serius bagi menentang zionis dan tindakan Israel yang sekian lama menzalimi dan menindas umat Islam, maka sepatutnya dengan segera mereka harus memutuskan hubungan dengan syarikat yang berkiblatkan Israel itu,” katanya. Ini, katanya melambangkan bahawa kepimpinan Umno dan BN yang menerajui negara adalah sebuah kerajaan yang tidak sensitif terhadap apa yang sedang berlaku kepada umat Islam di Palestin. "Mereka bukan saja tidak peka dengan apa yang berlaku, malah tidak mempedulikan penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh saudara Islam di sana. “Sekiranya mereka prihatin maka mereka mampu untuk menolak hubungan ini diteruskan setelah sekian lama menjadikan syarikat APCO Worldwide ini sebagai satu gandingan yang memalukan umat Islam di negara ini," katanya
Hulu Selangor Perlu Pandang Serius Isu APCO
Posted:
Thursday, April 15, 2010 |
Posted by
huhu
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(44)
-
▼
April
(44)
- Pesanan Zaid Irahim
- Hulu Selangor: Pengundi Perlu Pertahan Maruah!!
- Hari Terakhir - Diari Hulu Selangor
- Hari ketujuh - diari Hulu Selangor
- Guna Akal Untuk Menilai Politik di Hulu Selangor
- Generasi Ke-2 Felda Dapat Pembelaan Kerajaan Selangor
- Anwar: Najib Dicabar Debat Isu APCO di Hulu Selang...
- Pengundi Muda hulu Selangor Dirayu Pulang Kuburkan BN
- Hulu Selangor: Rumah Kosong Dikecuali Cukai Pintu
- Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz Ampunkan Zaid, Siapa ...
- Hari keenam - diari Hulu Selangor
- BN Bukan Tabur Janji Tapi Tabur Fitnah
- Hari kelima: Program kempen di Hulu S'gor
- Hari keempat: Program kempen di Hulu S'gor
- MIC Lawan PKR, Calon Bebas Angkat Bendera Putih
- Zaid calon Bersih
- Laporan Sekitar Hari Penamaan Calon Piliharaya Kec...
- Hulu Selangor Perlu Pandang Serius Isu APCO
- PRK Hulu Selangor:'Mr Sivaji' ka 'Mr MGR 'ka , mud...
- Kawasan Panas!!
- UMNO kempunan Tak Dicalonkan
- BN bubar Jentera Pilihanraya
- Cramah Anwar di Sungai Selisek
- Najib Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Perhubungan ...
- BN terbalik Di Hulu Selangor
- Khir Toyo Pening Dipijak
- UMNO Persetankan MIC
- Esok Pengumuman Calon PKR
- Peneroka Sg Buaya harap BN selesai isu pampasan
- Hulu Selangor Cerminkan Najib Ditolak Jatuh Kedala...
- Kempen BN Hulu Selangor Tiada Sambutan
- Pengundi Hulu Selangor Matang, Tolak Propaganda Um...
- Jatuhkan Umno-Bn di Hulu Selangor Jika Prihatin De...
- Palanivel Calon tunggal MIC
- BN letak Calon Bermasalah
- Persiapan Rapi Pakatan Rakyat Dalam Menghadapi PRK
- Najib Minta Senyap tentang Calon BN Hulu Selangor
- Sungai Buaya, Hulu Selangor, Bangkit Menentang UMN...
- PRK Hulu Selangor BN Baru Nak Turun Padang Rakyat ...
- UMNO Tidak Sokong Calon MIC
- Blog Khas PRK Hulu Selangor
- Ku LI Persenda Najib
- Najib Gentar Hadapi PRK Hulu Selangor
- Ingat APCO Jangan Undi BN
-
▼
April
(44)
My Blog List
-
-
-
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno6 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?10 years ago
-
Media Janji Akan Bersikap Adil14 years ago
-
-
0 comments:
Post a Comment