Maklumat saya dapat adalah sesiapa sahaja yang akan menang kerusi Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil nanti, mereka tidak boleh menang dengan majoriti yang selesa.
Kecuali kalau UMNO mencalonkan Mike Tyson....
Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, ini bermakna mereka terpaksa bekerja keras sehinggalah keputusan PRK Hulu Selangor diisytiharkan. Tiada ruang untuk berehat dan tiada masa untuk dibuang. Segala kerja pilihanraya harusnya telah bermula minggu lepas di setiap Unit Peti Undi.
Kalau pun PKR menang, ia tidak akan menang dengan majoriti lebih dari 1k atau 2k undi.
KUNCI KEMENANGAN ADALAH 30% PENGUNDI LUAR
Dianggarkan 30% pengundi Hulu Selangor tinggal di luar Hulu Selangor. Ada cadangan supaya senarai pengundi2 luar ini dikeluarkan dalam internet.
Tugas setiap PENYOKONG dan PENDOKONG Pakatan Rakyat adalah membawa SETIAP PENGUNDI LUAR ini pulang mengundi dan memastikan mereka mengundi PKR. Kalau diketahui pengundi-pengundi ini mengundi UMNO, haruslah dicari helah supaya dia tidak pulang mengundi.
CALON
Saya dah tahu siapa calon PKR tapi tak dapat nak dedah sebab rahsia besar. Adapun calon BN adalah dari MIC. Namun, janganlah kita tertipu dengan aksi MIC dan G Palanieval.
MIC dapat bertanding pun dah kira nasib baik, inikan pula nak letak Palanieval yang DITOLAK oleh pengundi Hulu Selangor hampir keseluruhannya.
Segala yang dilakukan oleh Palanieval skrg ini adalah wayang. Beliau tahu nama beliau tidak akan dicalonkan. Mereka hanya cuba memberi gambaran kononnya Palanieval akan jadi calon supaya jentera PR jadi "over confident".
Jentera PR mesti bersedia berhadapan dengan calon BN dari MIC yang bukan Palanieval. Itulah dia realiti yang bakal dihadapi oleh PR.
SOKONGAN MELAYU?
Rata-rata kalau Mat Taib jadi calon, memang undi Melayu akan pergi ke BN dalam 60-75%. Tapi kalau calon MIC, mungkin dalam 45-50%. Tapi, tiada garenti maka wajib kerja keras dari sekarang tanpa soal.
Cuma beza kali ini berbanding 2008 adalah kita boleh berkempen di dalam kampung-kampung Melayu dan Felda yang rata-rata adalah kubu UMNO. Maka pengundi-pengundi Melayu lebih terdedah dengan masej dan hujjah kita berbanding 2008 lepas.
ISU-ISU
Isu-isu adalah bergantung kepada kaum:
1.0 Cina : Isu geran tanah kerana Khir Toyo dahulu menolak permohonan mereka secara borong. DI samping itu, terdapat banyak isu-isu nasional yang membuatkan kaum CIna benci pada BN dan UMNO
2.0 India : Sudah 50 tahun kaum India di abaikan oleh BN. Maka isu mereka bermacam macam. Namun, kita harus ingat bahawa undi India lebih sedikit kepada BN sewaktu 2008. Mungkin atas faktor isu calon BN itu dari bangsa India. Tapi dari pengalaman Bagan Pinang, kita tidak boleh "over-confident" dengan undi India kerana BN boleh membeli undi-undi mereka secara borong seperti di Bagan Pinang
3.0 Melayu : Isu utama adalah isu calon. Majoriti mereka mahu calon UMNO di Parlimen. Namun, kira PR dapat menunjukkan kebaikan kerajaan negeri sewaktu kempen, mungkin dapat melembutkan hati mereka kepada Pakatan Rakyat.
Di samping itu, isu-isu nasional juga banyak untuk dimainkan di Hulu Selangor kepada pengundi Melayu, tetapi saya tidak yakin isu-isu nasional ini mempunyai kesan yang besar. Namun, dalam pilihanraya yang kecil perbezaannya, perubahan-perubahan yang kecil ke arah PR harus dimanfaatkan.
KESIMPULAN
Jentera Pakatan Rakyat WAJIB bekerjasama seperti satu unit dengan meletakkan segala perbezaan di belakang buat sementara waktu.
Mesti diingat ini adalah kawasan di mana UMNO paling kuat di Selangor. Jumlah pengundi UMNO adalah sangat tinggi dan mereka ini UMNO tidak perlu berkempen dengan keras untuk mengundi UMNO.
Namun harapan untuk menang itu tetap ada dan semua bergantung dengan usaha dan kederat yang digunakan oleh jentera Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya kecil ini kelak.
Pokoknya KESEMUA penyokong dan pendokong MESTI memberi sokongan dalam apa bentuk sekalipun. Tiada ruang untuk berehat atau bersantai. Ini bukan waktu untuk dengar ceramah. Ini adalah waktu untuk menarik pengundi.
Hulu Selangor Cerminkan Najib Ditolak Jatuh Kedalam Gaung
Posted:
Monday, April 12, 2010 |
Posted by
huhu
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(44)
-
▼
April
(44)
- Pesanan Zaid Irahim
- Hulu Selangor: Pengundi Perlu Pertahan Maruah!!
- Hari Terakhir - Diari Hulu Selangor
- Hari ketujuh - diari Hulu Selangor
- Guna Akal Untuk Menilai Politik di Hulu Selangor
- Generasi Ke-2 Felda Dapat Pembelaan Kerajaan Selangor
- Anwar: Najib Dicabar Debat Isu APCO di Hulu Selang...
- Pengundi Muda hulu Selangor Dirayu Pulang Kuburkan BN
- Hulu Selangor: Rumah Kosong Dikecuali Cukai Pintu
- Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz Ampunkan Zaid, Siapa ...
- Hari keenam - diari Hulu Selangor
- BN Bukan Tabur Janji Tapi Tabur Fitnah
- Hari kelima: Program kempen di Hulu S'gor
- Hari keempat: Program kempen di Hulu S'gor
- MIC Lawan PKR, Calon Bebas Angkat Bendera Putih
- Zaid calon Bersih
- Laporan Sekitar Hari Penamaan Calon Piliharaya Kec...
- Hulu Selangor Perlu Pandang Serius Isu APCO
- PRK Hulu Selangor:'Mr Sivaji' ka 'Mr MGR 'ka , mud...
- Kawasan Panas!!
- UMNO kempunan Tak Dicalonkan
- BN bubar Jentera Pilihanraya
- Cramah Anwar di Sungai Selisek
- Najib Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Perhubungan ...
- BN terbalik Di Hulu Selangor
- Khir Toyo Pening Dipijak
- UMNO Persetankan MIC
- Esok Pengumuman Calon PKR
- Peneroka Sg Buaya harap BN selesai isu pampasan
- Hulu Selangor Cerminkan Najib Ditolak Jatuh Kedala...
- Kempen BN Hulu Selangor Tiada Sambutan
- Pengundi Hulu Selangor Matang, Tolak Propaganda Um...
- Jatuhkan Umno-Bn di Hulu Selangor Jika Prihatin De...
- Palanivel Calon tunggal MIC
- BN letak Calon Bermasalah
- Persiapan Rapi Pakatan Rakyat Dalam Menghadapi PRK
- Najib Minta Senyap tentang Calon BN Hulu Selangor
- Sungai Buaya, Hulu Selangor, Bangkit Menentang UMN...
- PRK Hulu Selangor BN Baru Nak Turun Padang Rakyat ...
- UMNO Tidak Sokong Calon MIC
- Blog Khas PRK Hulu Selangor
- Ku LI Persenda Najib
- Najib Gentar Hadapi PRK Hulu Selangor
- Ingat APCO Jangan Undi BN
-
▼
April
(44)
My Blog List
-
-
-
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno6 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?10 years ago
-
Media Janji Akan Bersikap Adil14 years ago
-
-
0 comments:
Post a Comment