KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - Rakyat Hulu Selangor perlu mempertahankan maruah mereka dengan menolak Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya kecil esok ujar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar menganggap Umno-BN telah menghina penduduk Hulu Selangor dengan pelbagai janji seperti projek dan wang ringgit seolah-olah rakyat di sini melutut kepada kekuasaan Umno-BN. "Lihat apa yang Umno lakukan mereka telah menggunakan wang dan projek dalam membeli undi mereka, tindakan mereka ini telah menjatuhkan maruah pengundi di Hulu Selangor. "Saya mahu pengundi di Hulu Selangor mempertahankan maruah mereka dengan menolak Barisan Nasional semasa membuat pilihan. Ini soal maruah ingat mereka boleh beli kita sesuka hati bagi dua ratus tapi kita merana lima tahun. "Orang Melayu kena sedar, kalau ikut Utusan malaysia atau TV3 akan jadi bodoh. Sekarang kena sedar jangan terlalu suka dengan apa yang Umno janji,"kata Anwar di hadapan lebih 30,000 penyokong dalam ceramah perdana yang diadakan di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu malam tadi. Beliau juga menjelaskan masa depan rakyat hanya ditentukan oleh rakyat bukannya Umno mahupun media masa. "Siapa boleh tentukan masa depan rakyat, Umno boleh tentukan masa depan, utusan malaysia boleh tentukan masa depan atau Perdana Menteri. Umno perlu sedar yang tentukan masa depan Hulu Selangor adalah rakyat di sini bukannya mereka yang dari Umno. "Soal maruah penting dan perlu ingat, kalau cakap tapi tak tunai tak guna jugak. Ini amaran buat Umno-Barisan Nasional jangan pijak hak rakyat, jangan rampas harta rakyat kerana esok rakyat akan menolak Umno-Barisan Nasional sepenuhnya di Hulu Selangor," kata beliau lagi. Anwar berpesan agar terus bersedia pada malam terakhir ini kerana Umno akan menggunakan pelbagai helah dan kerja kotor mereka dalam memastikan mereka menang pilihan raya kali ini. "Saya nak berpesan Umno tidak akan berdiam pada saat akhir dan mereka akan menggunakan pelbagai helah kotor mereka dalam menentukan kemenangan mereka. Kita harus berjaga setiap pintu masuk agar hantu-hantu yang dibawa oleh Umno ini tidak akan dapat masuk ke Hulu Selangor," Anwar mmeberi amaran
Hulu Selangor: Pengundi Perlu Pertahan Maruah!!
Posted:
Sunday, April 25, 2010 |
Posted by
huhu
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(44)
-
▼
April
(44)
- Pesanan Zaid Irahim
- Hulu Selangor: Pengundi Perlu Pertahan Maruah!!
- Hari Terakhir - Diari Hulu Selangor
- Hari ketujuh - diari Hulu Selangor
- Guna Akal Untuk Menilai Politik di Hulu Selangor
- Generasi Ke-2 Felda Dapat Pembelaan Kerajaan Selangor
- Anwar: Najib Dicabar Debat Isu APCO di Hulu Selang...
- Pengundi Muda hulu Selangor Dirayu Pulang Kuburkan BN
- Hulu Selangor: Rumah Kosong Dikecuali Cukai Pintu
- Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz Ampunkan Zaid, Siapa ...
- Hari keenam - diari Hulu Selangor
- BN Bukan Tabur Janji Tapi Tabur Fitnah
- Hari kelima: Program kempen di Hulu S'gor
- Hari keempat: Program kempen di Hulu S'gor
- MIC Lawan PKR, Calon Bebas Angkat Bendera Putih
- Zaid calon Bersih
- Laporan Sekitar Hari Penamaan Calon Piliharaya Kec...
- Hulu Selangor Perlu Pandang Serius Isu APCO
- PRK Hulu Selangor:'Mr Sivaji' ka 'Mr MGR 'ka , mud...
- Kawasan Panas!!
- UMNO kempunan Tak Dicalonkan
- BN bubar Jentera Pilihanraya
- Cramah Anwar di Sungai Selisek
- Najib Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Perhubungan ...
- BN terbalik Di Hulu Selangor
- Khir Toyo Pening Dipijak
- UMNO Persetankan MIC
- Esok Pengumuman Calon PKR
- Peneroka Sg Buaya harap BN selesai isu pampasan
- Hulu Selangor Cerminkan Najib Ditolak Jatuh Kedala...
- Kempen BN Hulu Selangor Tiada Sambutan
- Pengundi Hulu Selangor Matang, Tolak Propaganda Um...
- Jatuhkan Umno-Bn di Hulu Selangor Jika Prihatin De...
- Palanivel Calon tunggal MIC
- BN letak Calon Bermasalah
- Persiapan Rapi Pakatan Rakyat Dalam Menghadapi PRK
- Najib Minta Senyap tentang Calon BN Hulu Selangor
- Sungai Buaya, Hulu Selangor, Bangkit Menentang UMN...
- PRK Hulu Selangor BN Baru Nak Turun Padang Rakyat ...
- UMNO Tidak Sokong Calon MIC
- Blog Khas PRK Hulu Selangor
- Ku LI Persenda Najib
- Najib Gentar Hadapi PRK Hulu Selangor
- Ingat APCO Jangan Undi BN
-
▼
April
(44)
My Blog List
-
-
-
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno6 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?10 years ago
-
Media Janji Akan Bersikap Adil14 years ago
-
-
0 comments:
Post a Comment