Saksikan Kemusnahan Barisan Nasional Dan Kemungkaran Yang Mereka Lakukan

Pesanan Zaid Irahim

Posted: Sunday, April 25, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

HULU SELANGOR, 24 April: Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyeru pengundi di luar supaya pulang awal dan mengajak rakan-rakan untuk membuang undi, esok.

Zaid juga menggesa keluar mengundi seawal mungkin kerana kemungkinan jalan raya sesak.

Berikut ialah mesej beliau kepada pengundi Hulu Selangor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25 April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?

Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?

Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.

Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:

pastikan lokasi membuang undi anda dihttp://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalan raya sesak.

keluarlah mengundi seawal yang mungkin.

Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:

ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi

berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu

sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda

datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.

Sama-sama Selamatkan Malaysia.

Datuk Zaid Ibrahim

Hulu Selangor: Pengundi Perlu Pertahan Maruah!!

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - Rakyat Hulu Selangor perlu mempertahankan maruah mereka dengan menolak Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya kecil esok ujar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menganggap Umno-BN telah menghina penduduk Hulu Selangor dengan pelbagai janji seperti projek dan wang ringgit seolah-olah rakyat di sini melutut kepada kekuasaan Umno-BN.

"Lihat apa yang Umno lakukan mereka telah menggunakan wang dan projek dalam membeli undi mereka, tindakan mereka ini telah menjatuhkan maruah pengundi di Hulu Selangor.

"Saya mahu pengundi di Hulu Selangor mempertahankan maruah mereka dengan menolak Barisan Nasional semasa membuat pilihan. Ini soal maruah ingat mereka boleh beli kita sesuka hati bagi dua ratus tapi kita merana lima tahun.

"Orang Melayu kena sedar, kalau ikut Utusan malaysia atau TV3 akan jadi bodoh. Sekarang kena sedar jangan terlalu suka dengan apa yang Umno janji,"kata Anwar di hadapan lebih 30,000 penyokong dalam ceramah perdana yang diadakan di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu malam tadi.

Beliau juga menjelaskan masa depan rakyat hanya ditentukan oleh rakyat bukannya Umno mahupun media masa.

"Siapa boleh tentukan masa depan rakyat, Umno boleh tentukan masa depan, utusan malaysia boleh tentukan masa depan atau Perdana Menteri. Umno perlu sedar yang tentukan masa depan Hulu Selangor adalah rakyat di sini bukannya mereka yang dari Umno.

"Soal maruah penting dan perlu ingat, kalau cakap tapi tak tunai tak guna jugak. Ini amaran buat Umno-Barisan Nasional jangan pijak hak rakyat, jangan rampas harta rakyat kerana esok rakyat akan menolak Umno-Barisan Nasional sepenuhnya di Hulu Selangor," kata beliau lagi.

Anwar berpesan agar terus bersedia pada malam terakhir ini kerana Umno akan menggunakan pelbagai helah dan kerja kotor mereka dalam memastikan mereka menang pilihan raya kali ini.

"Saya nak berpesan Umno tidak akan berdiam pada saat akhir dan mereka akan menggunakan pelbagai helah kotor mereka dalam menentukan kemenangan mereka. Kita harus berjaga setiap pintu masuk agar hantu-hantu yang dibawa oleh Umno ini tidak akan dapat masuk ke Hulu Selangor," Anwar mmeberi amaran

Hari Terakhir - Diari Hulu Selangor

Posted: Saturday, April 24, 2010 | Posted by huhu | Labels: , , , 0 comments

Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P 094.

8.00am:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pasar Tani Ulu Bernam, Tanjung Malim

9.00am: Program sarapan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Padang Kg Gumut Tambahan, Kalumpang

9.30am: Najib berucap kepada jentera pilihan raya BN dan juga masyarkat setempat.

"Apa relevannya Apco bagi penduduk Hulu Selangor," katanya.

"Lihat sumbangan kita sejak dulu...Sejak beberapa hali lalu BN juga berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda dan juga penduduk kampung”.

Kata
nya, Kamalanathan adalah produk yang baik dan BN telah menyemak latar belakangnya dengan teliti sebelum membuat pencalonan.

"Saya sudah check depan dan belakang, sampai seluar dalam. Kita tak nak orang yang suka enjoy ... Kita nak orang yang bekerja,"kata Najib.

9:00am: Sarapan dengan Anwar di Markas Besar, DUN Ulu Bernam

9.30am: Perhimpunan peneroka Felda settlers dengan Musyirdul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Felda Kebangsaan ke-2, Sungai Tengi.

10.01am: Lebih 20 mat rempit yang memakai kemeja- T 1Malaysia merempuh program Pakatan Rakyat di Felda Sg Tengi. Mereka membuat bising sambil membunyikan hon bagi menggangu kempen pembangkang. Penyokong PAS membalas dengan bertakbir "Allahu Akbar!"

10.30am: Anwar minum pagi bersama penduduk di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Baru

10.45am
: Najib bermesra dengan masyarakat setempat di Kg Baru Cina, Kuala Kubu Baru
11.00am: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri 'Majlis Mesra bersama rakyat dan peseta Felcra' di Ampang Pecah.

Pada majlis tersebut Felda menyampaikan lebihan dividen kepada 11,640 di seluruh negara.

Sementara dividen untuk beberapa pihak di Hulu Selangor turut diberikan kepada peserta Felcra. Untuk kawasan Lembah Bernam, sejumlah RM675,615 diedarkan di zon Sungai Pagi dan RM188,810 di Serian.
Seb
anyak 248,091 pula diedarkan di zon Beruntung, Sungai Choh.
Manakala Jabatan Hal Ehwan Orang Asli (JHEOA) pula menerima sebanyak RM107,866.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, program berkenaan bukanlan untuk berkempen kerana peserta Felda "101 peratus sentiasa menyokong BN".

12.30pm: Najib melawat Kampung Baru Rasa

Najib mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan membantu keluarga Yeow Mor Chat, 77, yang terpaksa melunaskan bayaran perubatan yang tinggi bagi rawatan penyakit buah pinggangnya.

Selain itu, Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan memperbaiki rumah keluarga itu dan membeli empat mesin hemodialisis untuk ditempatkan di kampung itu bagi rawatan 16 pesakit di sana.

Dalam lawatan itu juga, Najib mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan memperuntukkan RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun sebagai bantuan kebajikan kepada 53 keluarga di Kampung Assam Kumbang.

1.30pm: Najib

ke Kg Bukit Rasa, Surau Taufiqiah, Kg Bukit Rasa

Selepas melawat Kampung Assam Kumbang, Perdana Menteri melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam di bandar Kuala Kubu Baharu, bertemu dengan masyarakat di sana sebelum melawat ke Pusat Media yang diwujudkan oleh Jabatan Penerangan.

Najib turut beramah mesra dengan penyunting video Malaysiakini di pusat media itu, Ng Kok Fong (atas, berbaju gelap).

Perdana Menteri melihat semula rakaman videonya semasa berkempen di Assam Kumbang dan meluangkan masa kira-kira sepuluh minit untuk bertanyakan kepada Malaysiakini mengenai sentimen pengundi dan peluang BN.

Kok Fong memberitahu Najib, berdasarkan pengamatannya, keputusan agak tipis dan majoriti tidak akan melebihi 2,000 undi.

Najib tersenyum apabila diberitahu bahawa masyarakat Cina kini mula menerima BN berbanding pilihan raya umum 2008, walaupun kebanyakan mereka masih penyokong Pakatan Rakyat.

Turut bersama pada lawatan itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

2.30pm: Nik Aziz berjumpa dengan pengundi India di Kalumpang

3.00 pm: Najib melawat Kg Baru Kalumpang

4.20pm: Najib di Masjid Kalumpang

5.00pm: Nik Aziz berjumpa dengan pengundi berketurunan Kelantan di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali

5.00pm: Minum petang Anwar dengan penduduk di Taman Rasa Kuala Kubu Baru

5.00 pm: Najib melawat Kg Hulu Bernam

7.00pm: Anwar berjumpa masyarakat India di Taman Koskan

8.00pm:
Anwar, Nik Aziz makan malam bersama masyarakat Cina di Pusat Komuniti Serendah

9:00pm
Anwar berceramah di Bukit Beruntung

9:00pm:
Ceramah Perdana di Stadium Mini Kuala Kubu Baru oleh Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim

9.00pm: Najib hadiri program 1Malaysia dengan tema 'Legasi dan Harapan Bangsa' di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

Hari ketujuh - diari Hulu Selangor

Posted: Friday, April 23, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P94.

10.00am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan berdialog dengan peneroka Felda di Sungai Buaya, Rawang.

11.00am: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim menghadiri sidang media harian parti itu di Kuala Kubu Bharu sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid Bandar Utama di Batang Kali (12pm).

Beliau dijadual melawat Taman Sungai Buaya (4pm), Pekan Rasa (8pm), Pangsapuri Teratai (9pm), Sg Tengi, Hulu Bernam (10pm), Hulu Rening, Batang Kali (11pm) dan Kg Melayu Rasa Tambahan (11.30pm).

11.30am: Calon BN Kamalanathan akan berkempen di Taman Golden Wood sebelum bergerak ke Kg Hasan/Changkat Asa (12pm),

Dia juga dijadualkan melawat Kg Orang Asli Pertak (1.30pm), Kg Orang Asli Garachi (2.30pm), Kg Baru Ulu Yam (4pm, bersama perdana menteri), MRSM Ampang Pecah (5pm, dengan timbalan perdana menteri), SJKC Khing Ming in Kuala Kubu Bharu (6pm, bersama timbalan perdana menteri), Kg Orang Asli Serendah (7pm), Pekan Ulu Yam (8pm), Kuil Hindu di Kerling (9pm).

1.00pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Buaya.

Beliau kemudiannya akan makan tengah hari dengan imam dan jawatankuasa masjid di Kampung Sungai Buaya (2pm) sebelum mengumumkan insentif kepada masjid dan surau di Ulu Yam (2.30pm). Najib juga dijadual bermesra dengan penduduk Kampung Ulu Yam Barat (4.30pm).

4.30pm: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan ahli Rela Hulu Selangor di MRSM, Kuala Kubu Bharu.

Belia
u akan makan malam dengan usahawan Cina dan NGO di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Bharu (8pm)

8.30pm: Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkempen untuk calon PKR, Zaid Ibrahim.

Beliau akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).

9.00pm: Penampilan Khas TPM bersama Dr Halili Rahmat di Bilik Gerkan BN di Taman Anggerik 3, Bukit Sentosa.

Jamuan besar-besaran dan band Kumpulan Ramsa di Kg Orang Asli Pertak

Guna Akal Untuk Menilai Politik di Hulu Selangor

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

HULU SELANGOR, 23 April: Rakyat Hulu Selangor perlu menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan politik untuk kepentingan mereka dalam pilihan raya Sabtu ini.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Zuhdi Masduki berkata, kebijaksanaan politik yang perlu mereka gunakan adalah untuk mendapatkan keuntungan maksima kepada mereka melalui pilihan raya kecil ini.

"Jika tuan-puan pilih calon BN, tuan-tuan hanya akan dapat bantuan dan perkhidmatan dari kerajaan Pusat sahaja kerana kesemua Adun di Hulu Selangor sekarang adalah wakil rakyat BN.

"Jika tuan-puan pilih calon PKR, tuan-puan akan mendapat khidmat dari dua kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ini kerana, kerajaa Pusat akan bantu tuan-puan melalui Adun-adun mereka, manakala kerajaan negeri Selangor akan membantu tuan-puan melalui anggota Parlimen mereka.

"Oleh itu, kebijaksanaan politik kita kali ini adalah kita pilih calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya ini," kata Zuhdi yang juga merupakan salah seorang pengundi Hulu Selangor.

Zuhdi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kampung Melayu Rasa, malam tadi.

Seorang lagi penceramah di majlis itu, Ustaz Fathu Rahimi dalam ucapannya pula berkata, kelebihan besar yang diperolehi oleh penduduk Selangor sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat adalah mereka berjaya mengimarahkan masjid.

Ini kerana, kerajaan negeri telah menggalakkan masjid diimarahkan dengan pelbagai program dan juga memudahkan para ustaz mendapat tauliah untuk mengajar.

"Semasa Selangor diperintah oleh Umno, bukan sahaja masjid tidak diimarahkan, bahkan diruntuhkan sebagaimana berlaku kepada masjid Jubli Perak, Bangi," kata beliau yang juga merupakan salah seorang khatib yang membaca khutbah di masjid itu.

Mereka berucap untuk mengajak orang ramai agar memberikan sokongan penuh kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Zaid akan menentang calon BN dari MIC, P Kamalanathan.

Berpuluh-puluh ceramah kelompok diadakan pada setiap malam di seluruh kawasan pilihan raya. Ia dianjurkan oleh PKR dan juga PAS di samping DAP di bandar-bandar dan kampung baru.

Generasi Ke-2 Felda Dapat Pembelaan Kerajaan Selangor

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

HULU SELANGOR, 22 April: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bakal mengumumkan berita gembira kepada warga peneroka khususnya generasi kedua Felda Sungai Buaya berhubung isu kediaman mereka.

Pengumuman itu dijangka dibuat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 24 April ini sempena Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua di Felda Sungai Tengi.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, hasil pertemuan dengan menteri besar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi respons positif dan akan mempercepat proses mengukur kawasan kediaman generasi kedua.

"Kita akan dengar Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) buat pengumuman menggembirakan tentang perumahan ini.

"Tidak syak lagi Selangor akan menjadi negeri pertama membuat perubahan ini,” katanya ketika ditemui di tapak himpunan tersebut semalam.

Isu kediaman generasi kedua Felda adalah antara isu besar yang sedang diperjuang peneroka sejak lama dahulu.

Dengan pengumuman yang akan dibuat itu katanya, nasib generasi kedua Felda akan lebih terbela dengan mempunyai kediaman sendiri.

"Kami dah jumpa menteri, menteri besar bersilih ganti, namun tiada perubahan.

"Namun sejak dua tahun Pakatan Rakyat perintah Selangor, kita lihat jauh lebih baik berbanding kerajaan BN," tambahnya lagi.

Bidang kuasa tanah pula, katanya adalah di bawah kerajaan negeri, dan kerajaan Selangor juga sedang mengkaji status tanah di Sungai Tengi Selatan supaya diambil semula dari Felda Plantation dan diberikan kepada peserta supaya peneroka mendapat 10 ekar tanah dan kediaman mereka.

Sehubungan itu jelasnya, Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor adalah permulaan untuk warga Felda menuntut perubahan.

"Kalau kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh buat, kenapa Umno BN tak boleh buat? Sebab itu kena undi Datuk Zaid Ibrahim.

"Kalau tak mula di Hulu Selangor, saya tidak nampak segala kejahatan dan kezaliman Umno/BN boleh ditamatkan," katanya.

Dalam pada itu Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua akan bermula 23 (esok) dan berakhir 24 April ini.

Pelbagai program dan acara disediakan antaranya sukaneka, persembahan pentas, acara padang dan gerai-gerai pameran.

Manakala pada hari terakhir pula, himpunan tersebut akan dirasmikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Penasihat Ekonomi negeri Selangor, sebelum pengumuman oleh Menteri Besar.

Pada malamnya pula, pemimpin Pakatan Rakyat akan menyampaikan pidato dan ceramah termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Anwar: Najib Dicabar Debat Isu APCO di Hulu Selangor!!

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

BATANG KALI 22 April - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat di hadapan rakyat Hulu Selangor berhubung penglibatan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

"Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini.

"Kita boleh beri berapa lama masa yang dia perlukan janji dia berani berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan. Jangan hantar orang suruhan saja," jelasnya pada ceramah di Batang Kali semalam dihadapan ribuan penyokong.

Beliau juga menjelaskan tentang dasar kerajaan negeri Selangor dalam memberi kebajikan kepada rakyat selain meminta rakyat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti.

"Sebelum ini saya sudah jelaskan dasar kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di negeri Selangor yang telah terbukti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

"Saya berharap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik agar seluruh penduduk di Hulu Selangor akan terbela, kita kena pilih calon yang berprinsip seperti Datuk Zaid Ibrahim yang jelas tentang pegangan beliau tanpa memikirkan kepentingan peribadi.

"Sebelum ini saya dah beritahu kepada keluarga Zaid agar bersiap sedia menghadapi serangan kotor dari Umno kerana mereka ini akan menggunakan apa saja tanpa memikirkan akibat selepas itu. Tengok apa yang berlaku sekarang, Umno membuat serangan peribadi.

"Saya harap keluarga Zaid dapat hadapi semua itu dan jangan bimbang kita sentiasa memberi sokongan kepada Zaid," jelasnya lagi.

Anwar juga memberitahu setiap kejahatan yang ingin dilindungi tidak akan bertahan lagi sampai masanya terbongkar juga.

"Berapa lama Najib nak sembunyikan penglibatan rasuah dalam pembelian kapal selam, di Malaysia bolehlah di selindungi tetapi kalau di Paris macam mana nak tutup. Sekarang kes rasuah berkaitan dengan pembelian kapal selam sudah di bongkar di sana dan akan difailkan di mahkamah Paris, Najib kena jawap jangan lepas tangan begitu saja kerana ini melibatkan maruah negara," tegas Anwar lagi.

Beliau menegaskan apa yang berlaku di dalam KEADILAN tentang calon yang lompat adalah satu proses memantapkan parti.

Ini juga telah berlaku kepada PAS sebelum ini yang menyebabkan PAS menjadi parti yang mantap sehingga Barisan Nasional takut hendak menghadapinya.