Saksikan Kemusnahan Barisan Nasional Dan Kemungkaran Yang Mereka Lakukan

Pesanan Zaid Irahim

Posted: Sunday, April 25, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

HULU SELANGOR, 24 April: Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyeru pengundi di luar supaya pulang awal dan mengajak rakan-rakan untuk membuang undi, esok.

Zaid juga menggesa keluar mengundi seawal mungkin kerana kemungkinan jalan raya sesak.

Berikut ialah mesej beliau kepada pengundi Hulu Selangor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25 April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?

Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?

Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.

Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:

pastikan lokasi membuang undi anda dihttp://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalan raya sesak.

keluarlah mengundi seawal yang mungkin.

Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:

ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi

berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu

sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda

datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.

Sama-sama Selamatkan Malaysia.

Datuk Zaid Ibrahim

Hulu Selangor: Pengundi Perlu Pertahan Maruah!!

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - Rakyat Hulu Selangor perlu mempertahankan maruah mereka dengan menolak Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya kecil esok ujar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menganggap Umno-BN telah menghina penduduk Hulu Selangor dengan pelbagai janji seperti projek dan wang ringgit seolah-olah rakyat di sini melutut kepada kekuasaan Umno-BN.

"Lihat apa yang Umno lakukan mereka telah menggunakan wang dan projek dalam membeli undi mereka, tindakan mereka ini telah menjatuhkan maruah pengundi di Hulu Selangor.

"Saya mahu pengundi di Hulu Selangor mempertahankan maruah mereka dengan menolak Barisan Nasional semasa membuat pilihan. Ini soal maruah ingat mereka boleh beli kita sesuka hati bagi dua ratus tapi kita merana lima tahun.

"Orang Melayu kena sedar, kalau ikut Utusan malaysia atau TV3 akan jadi bodoh. Sekarang kena sedar jangan terlalu suka dengan apa yang Umno janji,"kata Anwar di hadapan lebih 30,000 penyokong dalam ceramah perdana yang diadakan di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu malam tadi.

Beliau juga menjelaskan masa depan rakyat hanya ditentukan oleh rakyat bukannya Umno mahupun media masa.

"Siapa boleh tentukan masa depan rakyat, Umno boleh tentukan masa depan, utusan malaysia boleh tentukan masa depan atau Perdana Menteri. Umno perlu sedar yang tentukan masa depan Hulu Selangor adalah rakyat di sini bukannya mereka yang dari Umno.

"Soal maruah penting dan perlu ingat, kalau cakap tapi tak tunai tak guna jugak. Ini amaran buat Umno-Barisan Nasional jangan pijak hak rakyat, jangan rampas harta rakyat kerana esok rakyat akan menolak Umno-Barisan Nasional sepenuhnya di Hulu Selangor," kata beliau lagi.

Anwar berpesan agar terus bersedia pada malam terakhir ini kerana Umno akan menggunakan pelbagai helah dan kerja kotor mereka dalam memastikan mereka menang pilihan raya kali ini.

"Saya nak berpesan Umno tidak akan berdiam pada saat akhir dan mereka akan menggunakan pelbagai helah kotor mereka dalam menentukan kemenangan mereka. Kita harus berjaga setiap pintu masuk agar hantu-hantu yang dibawa oleh Umno ini tidak akan dapat masuk ke Hulu Selangor," Anwar mmeberi amaran

Hari Terakhir - Diari Hulu Selangor

Posted: Saturday, April 24, 2010 | Posted by huhu | Labels: , , , 0 comments

Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P 094.

8.00am:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pasar Tani Ulu Bernam, Tanjung Malim

9.00am: Program sarapan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Padang Kg Gumut Tambahan, Kalumpang

9.30am: Najib berucap kepada jentera pilihan raya BN dan juga masyarkat setempat.

"Apa relevannya Apco bagi penduduk Hulu Selangor," katanya.

"Lihat sumbangan kita sejak dulu...Sejak beberapa hali lalu BN juga berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda dan juga penduduk kampung”.

Kata
nya, Kamalanathan adalah produk yang baik dan BN telah menyemak latar belakangnya dengan teliti sebelum membuat pencalonan.

"Saya sudah check depan dan belakang, sampai seluar dalam. Kita tak nak orang yang suka enjoy ... Kita nak orang yang bekerja,"kata Najib.

9:00am: Sarapan dengan Anwar di Markas Besar, DUN Ulu Bernam

9.30am: Perhimpunan peneroka Felda settlers dengan Musyirdul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Felda Kebangsaan ke-2, Sungai Tengi.

10.01am: Lebih 20 mat rempit yang memakai kemeja- T 1Malaysia merempuh program Pakatan Rakyat di Felda Sg Tengi. Mereka membuat bising sambil membunyikan hon bagi menggangu kempen pembangkang. Penyokong PAS membalas dengan bertakbir "Allahu Akbar!"

10.30am: Anwar minum pagi bersama penduduk di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Baru

10.45am
: Najib bermesra dengan masyarakat setempat di Kg Baru Cina, Kuala Kubu Baru
11.00am: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri 'Majlis Mesra bersama rakyat dan peseta Felcra' di Ampang Pecah.

Pada majlis tersebut Felda menyampaikan lebihan dividen kepada 11,640 di seluruh negara.

Sementara dividen untuk beberapa pihak di Hulu Selangor turut diberikan kepada peserta Felcra. Untuk kawasan Lembah Bernam, sejumlah RM675,615 diedarkan di zon Sungai Pagi dan RM188,810 di Serian.
Seb
anyak 248,091 pula diedarkan di zon Beruntung, Sungai Choh.
Manakala Jabatan Hal Ehwan Orang Asli (JHEOA) pula menerima sebanyak RM107,866.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, program berkenaan bukanlan untuk berkempen kerana peserta Felda "101 peratus sentiasa menyokong BN".

12.30pm: Najib melawat Kampung Baru Rasa

Najib mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan membantu keluarga Yeow Mor Chat, 77, yang terpaksa melunaskan bayaran perubatan yang tinggi bagi rawatan penyakit buah pinggangnya.

Selain itu, Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan memperbaiki rumah keluarga itu dan membeli empat mesin hemodialisis untuk ditempatkan di kampung itu bagi rawatan 16 pesakit di sana.

Dalam lawatan itu juga, Najib mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan memperuntukkan RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun sebagai bantuan kebajikan kepada 53 keluarga di Kampung Assam Kumbang.

1.30pm: Najib

ke Kg Bukit Rasa, Surau Taufiqiah, Kg Bukit Rasa

Selepas melawat Kampung Assam Kumbang, Perdana Menteri melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam di bandar Kuala Kubu Baharu, bertemu dengan masyarakat di sana sebelum melawat ke Pusat Media yang diwujudkan oleh Jabatan Penerangan.

Najib turut beramah mesra dengan penyunting video Malaysiakini di pusat media itu, Ng Kok Fong (atas, berbaju gelap).

Perdana Menteri melihat semula rakaman videonya semasa berkempen di Assam Kumbang dan meluangkan masa kira-kira sepuluh minit untuk bertanyakan kepada Malaysiakini mengenai sentimen pengundi dan peluang BN.

Kok Fong memberitahu Najib, berdasarkan pengamatannya, keputusan agak tipis dan majoriti tidak akan melebihi 2,000 undi.

Najib tersenyum apabila diberitahu bahawa masyarakat Cina kini mula menerima BN berbanding pilihan raya umum 2008, walaupun kebanyakan mereka masih penyokong Pakatan Rakyat.

Turut bersama pada lawatan itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

2.30pm: Nik Aziz berjumpa dengan pengundi India di Kalumpang

3.00 pm: Najib melawat Kg Baru Kalumpang

4.20pm: Najib di Masjid Kalumpang

5.00pm: Nik Aziz berjumpa dengan pengundi berketurunan Kelantan di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali

5.00pm: Minum petang Anwar dengan penduduk di Taman Rasa Kuala Kubu Baru

5.00 pm: Najib melawat Kg Hulu Bernam

7.00pm: Anwar berjumpa masyarakat India di Taman Koskan

8.00pm:
Anwar, Nik Aziz makan malam bersama masyarakat Cina di Pusat Komuniti Serendah

9:00pm
Anwar berceramah di Bukit Beruntung

9:00pm:
Ceramah Perdana di Stadium Mini Kuala Kubu Baru oleh Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim

9.00pm: Najib hadiri program 1Malaysia dengan tema 'Legasi dan Harapan Bangsa' di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

Hari ketujuh - diari Hulu Selangor

Posted: Friday, April 23, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P94.

10.00am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan berdialog dengan peneroka Felda di Sungai Buaya, Rawang.

11.00am: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim menghadiri sidang media harian parti itu di Kuala Kubu Bharu sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid Bandar Utama di Batang Kali (12pm).

Beliau dijadual melawat Taman Sungai Buaya (4pm), Pekan Rasa (8pm), Pangsapuri Teratai (9pm), Sg Tengi, Hulu Bernam (10pm), Hulu Rening, Batang Kali (11pm) dan Kg Melayu Rasa Tambahan (11.30pm).

11.30am: Calon BN Kamalanathan akan berkempen di Taman Golden Wood sebelum bergerak ke Kg Hasan/Changkat Asa (12pm),

Dia juga dijadualkan melawat Kg Orang Asli Pertak (1.30pm), Kg Orang Asli Garachi (2.30pm), Kg Baru Ulu Yam (4pm, bersama perdana menteri), MRSM Ampang Pecah (5pm, dengan timbalan perdana menteri), SJKC Khing Ming in Kuala Kubu Bharu (6pm, bersama timbalan perdana menteri), Kg Orang Asli Serendah (7pm), Pekan Ulu Yam (8pm), Kuil Hindu di Kerling (9pm).

1.00pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Buaya.

Beliau kemudiannya akan makan tengah hari dengan imam dan jawatankuasa masjid di Kampung Sungai Buaya (2pm) sebelum mengumumkan insentif kepada masjid dan surau di Ulu Yam (2.30pm). Najib juga dijadual bermesra dengan penduduk Kampung Ulu Yam Barat (4.30pm).

4.30pm: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan ahli Rela Hulu Selangor di MRSM, Kuala Kubu Bharu.

Belia
u akan makan malam dengan usahawan Cina dan NGO di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Bharu (8pm)

8.30pm: Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkempen untuk calon PKR, Zaid Ibrahim.

Beliau akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).

9.00pm: Penampilan Khas TPM bersama Dr Halili Rahmat di Bilik Gerkan BN di Taman Anggerik 3, Bukit Sentosa.

Jamuan besar-besaran dan band Kumpulan Ramsa di Kg Orang Asli Pertak

Guna Akal Untuk Menilai Politik di Hulu Selangor

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

HULU SELANGOR, 23 April: Rakyat Hulu Selangor perlu menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan politik untuk kepentingan mereka dalam pilihan raya Sabtu ini.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Zuhdi Masduki berkata, kebijaksanaan politik yang perlu mereka gunakan adalah untuk mendapatkan keuntungan maksima kepada mereka melalui pilihan raya kecil ini.

"Jika tuan-puan pilih calon BN, tuan-tuan hanya akan dapat bantuan dan perkhidmatan dari kerajaan Pusat sahaja kerana kesemua Adun di Hulu Selangor sekarang adalah wakil rakyat BN.

"Jika tuan-puan pilih calon PKR, tuan-puan akan mendapat khidmat dari dua kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ini kerana, kerajaa Pusat akan bantu tuan-puan melalui Adun-adun mereka, manakala kerajaan negeri Selangor akan membantu tuan-puan melalui anggota Parlimen mereka.

"Oleh itu, kebijaksanaan politik kita kali ini adalah kita pilih calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya ini," kata Zuhdi yang juga merupakan salah seorang pengundi Hulu Selangor.

Zuhdi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kampung Melayu Rasa, malam tadi.

Seorang lagi penceramah di majlis itu, Ustaz Fathu Rahimi dalam ucapannya pula berkata, kelebihan besar yang diperolehi oleh penduduk Selangor sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat adalah mereka berjaya mengimarahkan masjid.

Ini kerana, kerajaan negeri telah menggalakkan masjid diimarahkan dengan pelbagai program dan juga memudahkan para ustaz mendapat tauliah untuk mengajar.

"Semasa Selangor diperintah oleh Umno, bukan sahaja masjid tidak diimarahkan, bahkan diruntuhkan sebagaimana berlaku kepada masjid Jubli Perak, Bangi," kata beliau yang juga merupakan salah seorang khatib yang membaca khutbah di masjid itu.

Mereka berucap untuk mengajak orang ramai agar memberikan sokongan penuh kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Zaid akan menentang calon BN dari MIC, P Kamalanathan.

Berpuluh-puluh ceramah kelompok diadakan pada setiap malam di seluruh kawasan pilihan raya. Ia dianjurkan oleh PKR dan juga PAS di samping DAP di bandar-bandar dan kampung baru.

Generasi Ke-2 Felda Dapat Pembelaan Kerajaan Selangor

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

HULU SELANGOR, 22 April: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bakal mengumumkan berita gembira kepada warga peneroka khususnya generasi kedua Felda Sungai Buaya berhubung isu kediaman mereka.

Pengumuman itu dijangka dibuat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 24 April ini sempena Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua di Felda Sungai Tengi.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, hasil pertemuan dengan menteri besar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi respons positif dan akan mempercepat proses mengukur kawasan kediaman generasi kedua.

"Kita akan dengar Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) buat pengumuman menggembirakan tentang perumahan ini.

"Tidak syak lagi Selangor akan menjadi negeri pertama membuat perubahan ini,” katanya ketika ditemui di tapak himpunan tersebut semalam.

Isu kediaman generasi kedua Felda adalah antara isu besar yang sedang diperjuang peneroka sejak lama dahulu.

Dengan pengumuman yang akan dibuat itu katanya, nasib generasi kedua Felda akan lebih terbela dengan mempunyai kediaman sendiri.

"Kami dah jumpa menteri, menteri besar bersilih ganti, namun tiada perubahan.

"Namun sejak dua tahun Pakatan Rakyat perintah Selangor, kita lihat jauh lebih baik berbanding kerajaan BN," tambahnya lagi.

Bidang kuasa tanah pula, katanya adalah di bawah kerajaan negeri, dan kerajaan Selangor juga sedang mengkaji status tanah di Sungai Tengi Selatan supaya diambil semula dari Felda Plantation dan diberikan kepada peserta supaya peneroka mendapat 10 ekar tanah dan kediaman mereka.

Sehubungan itu jelasnya, Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor adalah permulaan untuk warga Felda menuntut perubahan.

"Kalau kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh buat, kenapa Umno BN tak boleh buat? Sebab itu kena undi Datuk Zaid Ibrahim.

"Kalau tak mula di Hulu Selangor, saya tidak nampak segala kejahatan dan kezaliman Umno/BN boleh ditamatkan," katanya.

Dalam pada itu Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua akan bermula 23 (esok) dan berakhir 24 April ini.

Pelbagai program dan acara disediakan antaranya sukaneka, persembahan pentas, acara padang dan gerai-gerai pameran.

Manakala pada hari terakhir pula, himpunan tersebut akan dirasmikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Penasihat Ekonomi negeri Selangor, sebelum pengumuman oleh Menteri Besar.

Pada malamnya pula, pemimpin Pakatan Rakyat akan menyampaikan pidato dan ceramah termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Anwar: Najib Dicabar Debat Isu APCO di Hulu Selangor!!

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

BATANG KALI 22 April - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat di hadapan rakyat Hulu Selangor berhubung penglibatan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

"Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini.

"Kita boleh beri berapa lama masa yang dia perlukan janji dia berani berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan. Jangan hantar orang suruhan saja," jelasnya pada ceramah di Batang Kali semalam dihadapan ribuan penyokong.

Beliau juga menjelaskan tentang dasar kerajaan negeri Selangor dalam memberi kebajikan kepada rakyat selain meminta rakyat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti.

"Sebelum ini saya sudah jelaskan dasar kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di negeri Selangor yang telah terbukti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

"Saya berharap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik agar seluruh penduduk di Hulu Selangor akan terbela, kita kena pilih calon yang berprinsip seperti Datuk Zaid Ibrahim yang jelas tentang pegangan beliau tanpa memikirkan kepentingan peribadi.

"Sebelum ini saya dah beritahu kepada keluarga Zaid agar bersiap sedia menghadapi serangan kotor dari Umno kerana mereka ini akan menggunakan apa saja tanpa memikirkan akibat selepas itu. Tengok apa yang berlaku sekarang, Umno membuat serangan peribadi.

"Saya harap keluarga Zaid dapat hadapi semua itu dan jangan bimbang kita sentiasa memberi sokongan kepada Zaid," jelasnya lagi.

Anwar juga memberitahu setiap kejahatan yang ingin dilindungi tidak akan bertahan lagi sampai masanya terbongkar juga.

"Berapa lama Najib nak sembunyikan penglibatan rasuah dalam pembelian kapal selam, di Malaysia bolehlah di selindungi tetapi kalau di Paris macam mana nak tutup. Sekarang kes rasuah berkaitan dengan pembelian kapal selam sudah di bongkar di sana dan akan difailkan di mahkamah Paris, Najib kena jawap jangan lepas tangan begitu saja kerana ini melibatkan maruah negara," tegas Anwar lagi.

Beliau menegaskan apa yang berlaku di dalam KEADILAN tentang calon yang lompat adalah satu proses memantapkan parti.

Ini juga telah berlaku kepada PAS sebelum ini yang menyebabkan PAS menjadi parti yang mantap sehingga Barisan Nasional takut hendak menghadapinya.

Pengundi Muda hulu Selangor Dirayu Pulang Kuburkan BN

Posted: Thursday, April 22, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

Dengan baki tiga hari lagi sebelum kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir, PKR merayu pengundi yang menyokong parti itu supaya pulang ke kampung halaman masing-masing pada Ahad ini untuk mengundi.

NONEKain-kain rentang didirikan mengingatkan pengundi bahwa PKR akan tewas jika pengundi yang bekerja di luar Hulu Selangor, khususnya golongan muda tidak pulang.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Khai Loon (bawah, kanan), purata 10 peratus daripada 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor sekarang ini bekerja ataupun menghuni di tempat lain.

um pro-m talk 05022010 03 lee khai loon“Daripada sessi bermesra dengan penduduk tempatan, kita dapati daripada setiap 100 rumah yang dilawati, 10 keluarga mempunyai anak-anak yang bekerja ataupun menghuni di tempat lain,” katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu hari ini.

Justeru, katanya, PKR akan cuba merayu pengundi muda berkenaan supaya pulang melalui kempen di Facebook, laman mikro-blogging Twitter, mesej teks telefon dan video di internet.

“Kami juga menggesa rakan-rakan dan keluarga untuk memujuk mereka yang tinggal di luar Hulu Selangor untuk pulang Ahad ini. Gunakan pilihan raya kecil ini sebagai alasan untuk mengadakan perhimpunan keluarga,” katanya.

PenNONEyelaras kempen DAP, Lau Weng San berkata pihaknya akan juga mengiklankan mesej berkenaan di akhbar arus perdana hujung miinggu ini untuk tujuan berkenaan.

Beliau meramalkan separuh daripada pengundi muda dari Hulu Selangor bekerja di kawasan seperti Kuala Lumpur, Rawang, Selayang dan Tanjung Malim.

“Pengundi muda adalah penyokong kita, jadi kita tidak boleh kehilangan satu pun undi mereka,” katanya.

Undi Orang Asli

Selain undi golongan muda, parti-parti politik juga cuba meraih undi 721 orang Asli.

Bagaimanapun menurut PKR, BN menggunakan taktik kotor memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk berkempen bagi pihak mereka.

NONEMereka mendakwa kenderaan JHEOA digunakan bagi membawa barangan kepada orang asli dan logo jabatan itu dilekatkan logo BN.

Antara barangan yang diberikan termasuk biji benih, makanan, alkohol, menganjur konsert rock dan juga wang tunai.

Namun menurut penduduk Kampung Orang Asli Serendah, Masah Anak Tan, dia masih tidak terpengaruh kerana BN melayan mereka tanpa sebarang hormat.

“Mereka datang membawa manggis dan kelapa tetapi setelah mengambil gambar, manggis-manggis itu dipunggah semula ke kenderaan mereka,” katanya.

Masah (kiri) juga mNONEengadu mengenai pondok polis sementara yang didirikan di kampung mereka yang dikatakannya sesuatu yang tidak pernah dilakukan.

Bagi Ramli Lugan, seorang Asli yang juga penyokong PKR, kehadiran polis itu dilihatnya sebagai satu bentuk ugutan.

Penduduk juga mendakwa JHEOA menggesa mereka menghalau para penyokong PKR yang kini menetap dengan beberapa keluarga orang Asli.

Exco kerajaan negeri Selangor bagi hal ehwal orang Asli, Elizabeth Wong menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencengahan Rasuah dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk bertindak terhadap salah laku itu

Hulu Selangor: Rumah Kosong Dikecuali Cukai Pintu

Posted: | Posted by huhu | 0 comments


Pemilik Premis Hulu Selangor Tidak Berpenghuni Dikecuali Dari Cukai Pintu

SHAH ALAM 22 APR: Kerajaan Selangor bersetuju memberi pengecualian bayaran cukai pintu kepada penyewa dan pemilik kediaman mahupun premis perniagaan yang tidak diduduki di Hulu Selangor.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Exco, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pemilik atau penyewa bangunan hanya perlu buat permohonan pengecualian, bermula Mei ini.

"Pemilik rumah kedai dan premis perniagaan yang tidak mendapat sewa serta tidak diduduki, boleh membuat permohonan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tidak dapat pengecualian cukai pintu," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil tindakan itu berikutan banyak kediaman dan premis perniagaan di Hulu Selangor didapati terbiar dan tidak diduduki.

"Banyak kedai dan premis perniagaan yang dimiliki pelabur tidak mendapat hasil kerana tiada penyewa. Mereka yang dalam keadaan itu boleh memohon untuk tidak membayar cukai pintu kerana tiada pendapatan atau tidak menggunakan tempat itu," katanya.

Menegaskan tindakan itu bertujuan meringankan beban pemilik premis, Khalid berkata, permohonan pengecualian berkenaan juga dibuat di PBT kawasan masing-masing.

"Ini diharap mengurangkan beban mereka yang sudah memiliki premis perniagaan dan rumah kedai dari terbeban membayar cukai pintu itu berkuat kuasa 1 Mei ini," katanya.

Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz Ampunkan Zaid, Siapa UMNO Nak Ungkit

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

Setelah didakwa 'agak lemah' di permulaan kempen, PAS kini kelihatan mula menggempur habis-habisan BN di Hulu Selangor dengan menurunkan tokoh besar mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi berkempen untuk kemenangan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

NONENik Aziz - mursyidul am parti Islam itu - yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci dijadual berada dua hari di kawasan parlimen Hulu Selangor mulai petang esok.

Esok, beliau akan memberikan kuliah Maghrib di Masjid Kuala Kubu Bharu dan pada malamnya berceramah di Changkat Asa, Hulu Bernam.

Manakala pada hari Sabtu - sehari sebelum pengundian - menteri besar Kelantan itu akan memberikan kuliah Subuh di Masjid As-Salam Bukit Sentosa dan pada malamnya sekali lagi berceramah di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Kehadiran tokoh popular itu dijangka memberikan kesan yang besar kepada perubahan mood pengundi di Hulu Selangor di hari-hari terakhir sebelum pengundian dijalankan pada Ahad.

NONEKehadiran ualama PAS itu juga bakal menyaksikan pertembungan antara 'jeneral besar' Pakatan Rakyat dan BN apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dijadual menghabiskan kempennya di Hulu Selangor esok.

Kedatangan Nik Aziz dilihat sebahagian daripada serangan balas PAS bagi pihak Pakatan setelah bertahan, khususnya dalam menangani isu 'moral' Zaid yang dimainkan BN dengan berkesan.

Sejak awal lagi, 'faktor Nik Aziz' dipandang serius oleh kedua-dua pihak bertanding.

NONEWalaupun tanpa kehadiran susuk tubuhnya sebelum ini, papan tanda besar memaparkan ulama PAS itu sedang berdoa bagi kemenangan Zaid dinaikkan di serata tempat.

Manakala BN pula mengambil pendekatan hampir sama melalui papan tanda gergasi memaparkan 'keprihatinan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menziarahi Nik Aziz yang terlantar sakit di hospital sebelum ini.

PAS - parti yang paling berpengalaman dalam Pakatan - sejak kelmarin berikrar membantu PKR sepenuh tenaga dengan meningkatkan jentera dan kepakarannya daripada 20 kepada 60 peratus setelah didakwa 'agak lemah'.

Menyambut janji tersebut, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan sendiri semalam turun berkampung bagi memantau sendiri program Dewannya - jentera utama parti itu - sehinggalah selesai pilihan raya Ahad ini.

Hari keenam - diari Hulu Selangor

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P94.



9:00 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa dan empat lagi ditahan sejak 7.30 malam tadi dan dijangkan dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu.

Menurut jurucakap parti, kelima-lima mereka ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa kerana dituduh menurunkan poster BN dan boleh direman untuk siasatan bawah Kanun Keseksaan.

11.00 pagi: PKR akan membangkitkan isu berhubung masyarakat Orang Asli dalam sidang media hariannya di Kuala Kubu Bharu.

11.30 pagi:
Isteri perdana menteri Rosmah Mansur akan menghadiri 'Program Sentuhan Kasih 1Malaysia' di pusat khidmat komuniti, Felda Kampung Soeharto.

11.40 pagi: Jentera Orang Asli PKR bersama penduduk masyarakat itu mengadakan sidang media di Kuala Kubu Bahru. Mereka mendakwa BN menggunakan tektik kotor untuk memancing undi, termasuk menggunakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dengan memberikan wang tunai, benih, makanan dan minuman beralkohol.

Ia turut diberikan kepada pendududuk bawah umur, dakwa mereka.

"Mereka bawa benih manggis dan kelapa untuk diberikan tetapi selepas (pekerja PKR) mula ambil gambar, mereka masukkan balik benih manggis ke dalam trak," kata Masah Anak Atan daripada Kampung Orang Asli Serendah.

12.00 tengah hari: PKR melancarkan strategi online bagi memmujuk pengundi muda berdaftar di Hulu Selangor yang merantau supaya pulang mengundi pada Ahad.

Strategi itu akan dilaksanakan melalui Facebook, Twitter dan media sosial yang lain.

Parti itu menjangkkan kelompok tersbeut mencapai 10 peratus daripada 64,500 pengundi yang boleh menjadi faktor penentu kemenangan dalam pilihan raya itu.

1.05 petang: Selepas ditahan semalaman, Timbalan Ketua Pemuda PKR Faris Musa dan empat lagi dibebaskan selepas majistret Kuala Kubu Baru menolak permohanan perintah reman terhadap mereka.

Mereka ditahan semalam dan disiasat di bawah Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya kerana memiliki pisau.

2.00 petang: Gambar calon BN P Kamalanathan mencium tangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menjadi isu untuk PKR di kalangan pengundi bukan Melayu.

Dalam risalah PKR yang bertulis Mandarin, bertulis semua pemimpin Pakatan bekerja sama secara jujur, sementara dalam BN, Kamalanathan hanyalah kakitangan Umno.

5.00 petang:
Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim akan melawat ladang 15 dan SJKC Bernam, Beliau memulakan kempennya hari ini seawal jam 8 pagi di pasar pagi Kuala Kubu Bharu sebelum bergerak ke Batang Kali (10 pagi).

Calon BN P Kamalanathan, bersama timbalan presiden MIC G Palanivel akan melawat estet Sri Keledang. Malan ini (8.00 malam), ketua penerangan MIC dan presiden S Samy Vellu akan berada di Taman Bukit Teratai.

5.30 petang:
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadiri program 'Ikatan Mesra dengan Masyarakat India" di SJK(T) Taman Bukit Teratai, Batang Kali.

6.00 petang: Seorang aktivis PKR dan enam mahasiswa masih disiasat polis kerana disyaki membawa risalah parti yang menyalahi Akta Percetakan dan Penerbitan 1984.

Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, kesemua mereka yang ditahan di tempat yang berbeza-beza kini dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Baru supaya kenyataan masing-masing dapat dirakamkan.

9.00 malam: Bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor akan berucap di pusat operasi BN di Kampung Pasir, Kerling.

10.00 malam: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zaid akan berceramah di Felda Gedangsa dalam kawasan DUN Hulu Bernam.

BN Bukan Tabur Janji Tapi Tabur Fitnah

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

Dalam mana-mana pilihan raya, menabur janji adalah sesuatu yang lumrah dilakukan oleh semua ahli politik.

Tidak terkecuali ialah pertandingan merebut kerusi parlimen Hulu Selangor pada Ahad, 25 April ini.

Pelbagai janji ditabur dan bantuan dihulurkan oleh pihak-pihak yang bertanding.

BN dengan jentera daripada agensi kerajaan mengegarkan Hulu Selangor dengan beberapa projek termasuk pembinaan beberapa ekolah baru dan projek tebatan banjir.

Pakatan Rakyat yang menguasai kerajaan negeri pula menawarkan tanah kepada sebuah sekolah Tamil dan juga hak pemilikan tanah untuk 10,000 penduduk.

Sejak sebelum hari penamaan calon pada Sabtu lalu, jalan-jalan sekitar Kuala Kubu Baru dan juga di Batang Kali sibuk diturap.

Jamuan dan pelbagai juadah juga disajikan kepada pengundi yang datang mendengar ceramah.

Pemimpin termasuk menteri-menteri juga sibuk melawat Hulu Selangor bagi meninjau masalah penduduk dalam usaha meraih undi

Hari kelima: Program kempen di Hulu S'gor

Posted: Wednesday, April 21, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

LANGSUNG Apa yang berlaku sekitar kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor? Petikan atau kata-kata yang menarik, diari calon dan ceramah politik.

11.00am Sidang media harian PKR

11:00am Norizan Salleh, mangsa yang mendakwa ditembak oleh polis pada Oktober tahun lalu berada di pusat media PKR dengan diiringi peguamnya N Surendran. Apabila ditanya wartawan, Norizan berkata beliau hadir untuk berkempen.

11.30am Bekas pemimpin PKR, Mohamed Ezam Mohd Nor, yang kini ahli aktif Umno akan juga mengadakan sidang media.

11:30am Program hari terbuka TNB yang dihadiri Menteri, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin di Kampung Pasir Putih, Kalumpang.

12:00pm Sidang media oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Kolej Komuniti Hulu Selangor, Batang Kali.

1:30pm Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk T Murugiah menghadir program di SRJK (T), Kuala Kubu Baru.

2.00pm Calon PKR, Dattuk Zaid Ibrahim akan mengadakan berjumpa dengan wartawan.

2:00pm Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohamed turun Padang sekitar kedai-kedai pecan Kuala Kubu Baru.

2:30pm Perasmian Taska Permata Kampung Orang Asli Tun Razak oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal di Kampung Air Jernih, Kuala Kubu Baru.

2:30pm Datuk Murugiah menghadiri majlis perasmian portal dan laman web sekolah-sekolah Tamil Dan E-Learning Tamil , peringkat kebangsaan di Dewan Seminar, Bahagian Umno Ulu Selangor

2.30pm Calon BN, P Kamalanathan akan melawat Taman Cempaka dan Rumah Murah Datuk Harun sebelum bertolak ke Ladang Serendah dan pekan Serendah (3.30pm).

3:00pm Menteri Sains Teknologi & Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili di Sekolah Keb. Kerling, Kerling.

3:00pm Majlis dialog brsama usahawan parlimen Hulu Selangor dan lawatan kilang serta majlis pecah tanah oleh Mustafa di Bandar Bukit Beruntung

5.00pm Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan berada di Bandar Bukit Sentosa sebelum melawat Bandar Sungai Buaya.

7.30pm Parti Makkal Sakthi Malaysia (MMSP) yang pro-BN akan menyertai kempen bagi merampas Hulu Selangor.

8.00pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan makan malam bersama calon BN, P Kamalanathan, urusetia, jentera dan pertugas parti.

Najib, yang juga adalah pengerusi perhubungan Umno Selangor juga dijadualkan melawat bilik operasi BN di Batang Kali (9pm), Kuala Kubu Bharu (10pm) and Hulu Bernam (11pm)

8.30pm
Calon bebas yang juga presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali akan menghadiri ceramah.

Hari keempat: Program kempen di Hulu S'gor

Posted: Tuesday, April 20, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

LANGSUNG Apa yang berlaku sekitar kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor? Petikan atau kata-kata yang menarik, diari calon dan ceramah politik.

11.15am: Calon BN P Kamalanathan akan diwawancara oleh Radio Selangor yang dikendalikan oleh RTM sebelum berjumpa dengan pengundi pekan Kuala Kubu Baru pada tengah hari nani dan di pekan Serendah town (1pm).

11.15am: Semua kain rentang dan poster yang berbentuk provokatif termasuk yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "pengkhianat" telah diturunkan atau dibuang oleh kakitangan Suruhan jaya Pilihan Raya.

11.58am
Calon BN P Kamalanathan, ketika ditemui pada kempenya berkata dia tidak terbabit dengan apa-apa berhubung serangan peribadi ke atas pencabarnya, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya hanya mahu memenangi pilihan raya ini, itu sahaja yang akan saya lakukan”.

12.25pm: Sidang media yang dijadualkan oleh seorang rakann Zaid Ibrahim dibatalkan. Majlis ini adalah anjuran timbalan ketua perhubungan Umno, Selangor, Datuk Seri Noh Omar. Sebelum ini, timbul ura-ura, lebih banyak pendedahan berhubung Zaid akan dibongkar pada sidang media itu.

12.30pm: PAS

mengadakan sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur bagi menjawab isu-isu yang ditimbulkan semasa kepen pilihan raya.

12.37pm: Hujan lebat di Kuala Kubu Baru.

1.00pm: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan mengumumkan 'misi' kepada pengundi Hulu Selangor pada sidang media di Kuala Kubu Baru.

2.00pm: Naib presiden MCA, Datuk Seri Ng Yen Yen dijadualkan melawat Asam Kumbang, Kuala Kubu Baru. Jawatankuasa Anti-Cyanide Bukit Koman, sebuah jawantankuasa sementara yang menentang penggunaan cyanide untuk melombong emas di sebuah tasik di Raub akan berjumpa dengannya.

Ng adalah MP Raub.

Katanya, penduduk Bukit Koman cuba mempolitikan isu cyanide.

"Laporan sains telah membuktikan penggunaan cyanide di lombong emas tidak membahayakan," katanya kepada pemberita.

Ng mendakwa ia tindakan terdesak DAP yang menghasut penduduk tempatan.

4.30pm: Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijadual menghadiri 'gotong royong' di SJK(T) Ladang Nigel Gardner, Kuala Kubu Baru.

7.00pm:
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng akan menghadiri konsert 'Selamatkan Malaysia' di dewan orang ramai Serendah. Pemimpin Pakatan Rakyat yang lain juga dijangka hadir.

9.00pm: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan berucap di Taman Sri Liam, Ulu Yam Baru.

Tengah Malam:
Calon BN P Kamalanathan akan mengadakan sidang media khas dengan akhbar Cina.

MIC Lawan PKR, Calon Bebas Angkat Bendera Putih

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon BN dan PKR selepas dua calon Bebas menarik diri hari ini.

Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.

Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Lewat petang tadi Johan, yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, antara lain mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya.

Wan Ahmad Wan Omar berkata calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu berbuat demikian selewat-lewatnya 12 tengah malam ini

Zaid calon Bersih

Posted: Monday, April 19, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

Sepertimana yang giat berlaku sekarang ini, calon Pakatan Rakyat yang kini hangat diperkotak-katik terhadap isu minum arak oleh Barisan Nasional.

Ketahuilah wahai untuk pengetahuan umum semua bahawa Zaid lebih berintegriti berbanding orang yang menuduhnya. Dia berani kehadapan walaupun dikecam sebegitu rupa. Kekuatan integriti Zaid diperlihatkan dengan tindakannya meniggalkan parti UMNO oleh kerana sikap dan ideologi perkauman yang dimainkan oleh UMNO.

Beliau menentang keras perbuatan UMNO yang mempertahankan ISA untuk menjaga kepentingan politik pemimpin-pemimpin UMNO . Ketika memangku jawatan sebagai menteri undang-undang, Zaid diberikan nama, pangkat, harta dan macam-macam lagi, namun semua itu ditinggalkan oleh beliau atas dasar integriti yang beliau pegang selama ini.

Tambahan lagi, Zaid Ibrahim merupakan seorang ahli perniagaan dan seorang peguam yang berjaya sebelum beliau berkecimpung dalam politik, sebab itu rakyat tidak perlu risau tentang isu rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan. Berbanding dengan calon BN yang dikatakan banyak terlibat dengan kegiatan haram seperti judi dan bermacam-macam lagi.

Laporan Sekitar Hari Penamaan Calon Piliharaya Kecil Hulu Selangor

Posted: Saturday, April 17, 2010 | Posted by huhu | Labels: , , 0 comments

9-10pagi: Penyerahan borang pencalonan

10-11pagi: Waktu bantahan

11-12 tengahari: SPR buat pengumuman rasmi calon

11.50pagi: Keadaan sudah semakin lengang apabila sebahagian besar penyokong BN dan Pakatan sudah bersurai.

Manakala beberapa penyokong Pakatan mendakwa mereka terkena botol dan batu yang dibaling ke arah mereka.

11.23pagi; Pasukan polis yang lengkap berperisai mengarahkan penyokong Pakatan supaya bersurai.

11.22pagi: Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru. Mereka ialah P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

Johan adalah ahli jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam.

11pagi: Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan tempoh bantahan tamat. Tiada sebarang bantahan diterima.

10.46pagi: Timbalan presiden MIC Datuk G Pananivel tiba di kemah BN - kemunculan pertamaya selepas pengumuman calon BN Khamis lalu. Dia disambut dengan sorakan pemimpin dan penyokong BN.

10.20pagi: Polis meletakkan trak antara penyokong BN dan Pakatan selepas mereka semakin menghampiri satu sama lain. Mereka berada 20 meter antara sama lain. Mereka saling melaungkan antaranya 'Altantuya', 'Chua Soi Lek', 'kaki botol' dan 'liwat' serta 'Umno-Apco, Umno-Apco'.

10.04pagi: Di luar, penyokong BN melaungkan 'liwat' dan 'kaki botol'. Manakala penyokong Pakatan pula melaungkan 'Altantuya'.

10pagi: Proses penamaan calon ditutup.

Calon-calon mempunyai masa satu jam untuk memfailkan bantahan.

Mereka yang memfailkan borang pencalonan ialah P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran (kiri) dan Johan Mohd Diah.

Seorang lagi, Anuradh Jeyasingam gagal memfailkan borang pencalonan sebagai calon bebas.

9.57pagi: Salah seorang calon bebas yang memfailkan borang pencalonan pagi ini ialah bekas pemimpin MIC Hulu Selangor VS Chandran.

9.50pagi: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menganggarkan penyokong BN dan Pakatan masing-masing 10,000 orang.

9.46pagi: Pemimpin BN dan Pakatan bersalaman dan berbual di kemah.

9.45am: Di dalam pusat penamaan calon, Kamalanathan memfail borang pencalonan. Dua orang lagi turut memfailkan borang pencalonan untuk bertanding sebagai calon bebas.

9.43pagi: Seorang lagi pemimpin MIC S Ganesan turut cedera ketika cuba masuk ke dalam kawasan pagar duri polis. Ganesan luka di tangan dan dibalut oleh kakitangan sebuah ambulans yang ditempatkan di luar pusat penamaan calon.

9.40pagi: Kira-kira 50 anggota unit amal PAS membuat rantai manusia untuk mengelak tolak menolak.

9.31pagi: Kamalanathan masuk pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong. Sedang memfailkan borang pencalonannya.

930pagi: Ketua zon DSP Ruslan Abdullah memberi amaran kepada para penyokong agar tidak menolak-nolak kerana orang di hadapan akan cedera kerana kawat berduri merentangi jalan ke tempat penamaan calon.

9.28pagi: Dalam keadaan tolak menolak, Presiden MIC Datuk Seri S Samy tercedera di kakinya terkena duri kawat dan dirawat di situ.

Turut kelihatan ialah timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, yang tidak dicalonkan semula mewakil BN di Hulu Selangor.

9.22am: Perakan BN tiba di pintu pagar pusat penamaan calon di KKB. Ribuan penyokong BN dan Pakatan dipisahkan bagi mengelak mereka menjerit antara satu sama lain.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan, berarak dari pejabat Umno di KKB ke pusat penamaan calon. Antara yang turut serta ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

Yang lainnya termasuk Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan naib presiden, Datuk Ng Yen Yen.

9.02pagi: Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memfailkan borang pencalonan. Beliau bersama pencadang dan penyokongnya. Zaid memakai baju Melayu dan kain pelikat.

Di luar dewan, penyokong BN menyanyikan 'Inilah Barisan Kita' serta lagu Umno.

9pagi: Pemimpin DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Teresa Kok memasuk 'zon larangan'. Polis kata: "Bagi pass kita, senang buat kerja."

8.55pagi: MB Tan Sri Khalid Ibrahim, calon Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam pusat penamaan calon bersama pemimpin Pakatan yang lain.

8.50pagi: Di 'zon larangan', ahli parlimen PJ Utara, Tony Pua mengedarkan pas kepada pemimpin, ahli parlimen dan ADUN Pakatan untuk memasuki pusat penamaan calon.

8.46pagi: Kedua-dua belah pihak berhenti berarak ketika sampai di son larangan 100 meter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

kain rentang dari BN Kota Raja Menggambarkan Anwar sebagai Hitler dan Khinzir. Ia berbunyi "Saya dan keluarga besar di Selangor'.

Satu lagi plakad berbunyai: "PKR: Parti Kelentong Rakyat'. Penyokong BN yang lain membawa kain rentang yang menuduh Anwar sebagai sahabat Israel. Mereka juga melaungkan 'Hancur Khalid".

8.30pagi: Kumpulan penyokong Pakatan meningkat kepada kira-kira 10,000. Mereka mula berarak menuju ke pusat penamaan calon. Mereka melaungkan slogan 'Hidup Rakyat, Hidup Pakatan' dan bertakbir. Ada juga yang memalu kompang.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Zaid dan pemimpin Pakatan lain dalam perarakan tersebut.

8.20pagi: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim tiba di tempat perhimpunan bersama sekumpulan penyokong. Zaid ditemani isteri dan anak perempuannya.

8.15pagi: Kira-kira 2,000 penyokong Pakatan berhimpun di stesen bas KKB. Antara pemimpin Pakatan yang ada di situ ialah Salahuddin Ayub, Datuk Hasan Ali, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Khalid Samad.

8.10pagi: Pusat penamaan calon adalah di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Kawasan itu dilingkungi dengan kawat duri yang dipasang oleh pihak polis. Sekurang-kurangnya 200 anggota polis ditempat di situ.

8pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba, diikuti laungan 'Hidup BN' dan nyanyian lagu 'Inilah barisan Kita'. Penyokong BN yang sebahagian besarnya anggota Wanita, Pemuda dan Puteri Umno membawa kain rentang dan mengebar bendera.

Penyokong Pakatan yang lalu melepasi kemah BN itu menjadi sasaran penyokong BN yang menjerit "Babi mana?"

7.50pagi: Bandar KKB penuh dengan gerai PAS yang menjual baju-T dan bahan-bahan kempen serta makanan. Penyokong Pakatan kelihatan di situ. Manakala lebih 1,000 penyokong telah berhimpun di bilik operasi BN.

7.45pagi: Polis membuat sekatan di jalan-jalan utama sebelum Sungai Cho, kira-kira 30km dari pusat penamaan calon di Kuala Kubu Bahru.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu kelihatan di kawasan pusat penamaan calon. Ketika beliau berjalan melalui penyokong Pakatan, kedengaran beliau diboo. Presiden MIC itu hanya tersenyum.

7.30pagi: Penyokong kedua belah pihak mula berhimpun di tempat masing-masing - Pakatan Rakyat di stesen bas Kuala Kubu Bahru (KKB) manakala penyokong BN berhimpun di pejabat Umno.

Risalah yang mengandungi foto separuh bogel exco Selangor Elizabeth kelihatan berselerak di jalan-jalan di bandar KKB. Gambar-gambar lain menunjukan gambar yang telah diubahsuai, menunjukkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan botol arak serta tulisan "Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pantai."

Hulu Selangor Perlu Pandang Serius Isu APCO

Posted: Thursday, April 15, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

KEPALA BATAS, 14 April: Isu APCO Worldwide yang mencalarkan nama Umno dan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya dipandang serius oleh para pengundi di kawasan parlimen Hulu Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain berkata, apa yang dibuktikan oleh kerajaan sekarang harus menjadi satu penilaian kepada rakyat khususnya di kawasan itu yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 25 April ini.

Menurutnya, ekoran daripada apa yang berlaku itu, maka rakyat khususnya dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor harus menolak kerajaan Umno/BN daripada memenangi pilihan raya kecil tersebut.

Katanya, keangkuhan Umno/BN akan berterusan sekiranya mereka masih lagi mendapat mandat daripada rakyat walaupun tindakan yang telah dilakukan itu tidak selaras dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini.

"Saya yakin, rakyat kawasan Hulu Selangor mampu untuk membuat perubahan dengan tidak memberi sokongan kepada BN sekali lagi sebagaimana yang telah mereka buktikan dalam pilihan raya umum yang lalu," katanya lagi.

Katanya, penglibatan sebuah syarikat yang ternyata bersekongkol dengan Israel adalah satu pengkhianatan yang dilakukan Umno/BN terhadap umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, tindakan kerajaan meneruskan aktiviti APCO Worldwide membuktikan mereka tidak prihatin terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam.

"Sekiranya mereka serius bagi menentang zionis dan tindakan Israel yang sekian lama menzalimi dan menindas umat Islam, maka sepatutnya dengan segera mereka harus memutuskan hubungan dengan syarikat yang berkiblatkan Israel itu,” katanya.

Ini, katanya melambangkan bahawa kepimpinan Umno dan BN yang menerajui negara adalah sebuah kerajaan yang tidak sensitif terhadap apa yang sedang berlaku kepada umat Islam di Palestin.

"Mereka bukan saja tidak peka dengan apa yang berlaku, malah tidak mempedulikan penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh saudara Islam di sana.

“Sekiranya mereka prihatin maka mereka mampu untuk menolak hubungan ini diteruskan setelah sekian lama menjadikan syarikat APCO Worldwide ini sebagai satu gandingan yang memalukan umat Islam di negara ini," katanya

PRK Hulu Selangor:'Mr Sivaji' ka 'Mr MGR 'ka , muda tua kita tolaaak!

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

Apakah ini sandiwara MIC dan Umno di Hulu Selangor? Umno Selangor termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia dan BN Khairy Jamaludin mau calon muda tapi daripada MIC la, takkan Umno pulak kot . Geng veteran MIC pula mahu calon tua atau ayam tua iaitu G. Palanivel bertanding di Hulu Selangor.. Parti MIC apa cerita pun kalu taruh lain orang dia orang mau mengamuk ! MIC kata itu cawangan MIC di Hulu Selangor kasi bubar!

Ayo-yo Samy sudah taruh gam kasut kepada orang MIC supaya tetap calonkan Palanivel.Selagi Samy Vellu tarak turun orang India tak berani lawan dia punya cakap tapi orang India dan Melayu senyap-senyap kasi tolak itu Samy sampai Samy punya kerusi pun hilang dalam Sungai Siput! Khairy dan Umno mau 'Mr Sivaji' dan Samy MIC punya orang mau "Mr MGR'. Sapa pun BN taruk dua -dua pengundi Hulu Selangor kena tolakkkk, tak boleh pakai! Tolak Umno-Bn -Apco-Perisik Israel dalam PDRM di Hulu Selangor

Kawasan Panas!!

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

KONTINJEN Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor menempatkan balai bergerak di lapan 'kawasan panas' yang telah dikenalpasti sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kita lebih awal lagi mengenal pasti kawasan-kawasan 'panas' yang mungkin kita boleh ambil tindakan proaktif supaya kehadiran pihak polis dapat mengawal keadaan sebelum berlaku apa-apa kekecohan.

"Kita juga sudah letakkan balai-balai bergerak dan kalau tak tepat kawasan itu kita boleh pindah ke kawasan lain untuk memastikan bahawa perjalanan semasa berkempen tidak mengganggu-gugat perjalanan masyarakat untuk melakukan aktiviti harian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Affandi mengenai persiapan PDRM bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan di bangunan Parlimen di sini Rabu.

Hishammuddin berkata PDRM telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil itu dengan lebih 1,000 pegawai dan anggota polis telah dikenalpasti bagi memastikan perjalanan proses penamaan calon pada Sabtu ini berjalan dengan lancar.

"Saya tak boleh nyatakan bilangan keseluruhan anggota polis yang akan ditempatkan di Hulu Selangor sekarang, tetapi apa yang pasti bilangannya mencukupi bagi memastikan proses pilihan raya itu berjalan dengan lancar," katanya.

Hishammuddin turut menasihati semua pihak terutamanya parti politik yang bertanding supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

"Terserahlah kepada jentera parti-parti yang nak menawarkan calon masa pilihan raya ini untuk beramanah, bertanggungjawab dan mengizinkan proses demokrasi berjalan lancar selain membolehkan pengundi di Hulu Selangor dapat keluar mengundi dengan cara baik," katanya.

UMNO kempunan Tak Dicalonkan

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

Apa lagi yang Umno nak perjuangkan di Hulu Selangor? Nak berjuang Melayu dan bangsa? Tak ada dua -dua tu dalam prk Hulu Selangor. Agama jauh sekali kerana Umno -Bn dah bersekongkol dengan Israel melalui syarikat Apco Worlwide dan kemasukkan 'perisik Israel' dalam PDRM.

Nak nafi pun boleh nafi la tapi pengakuan bahawa Kerajaan Umno-Bn bayar APCO RM77 juta adalah tanda kebenarannya! Di kampung-kampung rakyat masih banyak yang miskin, ada anak-anak yang amat dhaif ke sekolah daripada keperluan persekolahan tapi bayar duit kepada APCO yang berjuta ringgit untuk promosikan 1Malaysia jadi keutamaan Umno-Bn.

Umno di Hulu Selangor hanya jadi pencadang kepada MIC parti yang pengundinya minoriti untuk pilih calon mana daripada MIC nak bertanding lawan PKR . Katanya Umno nak sangat -sangat selain daripada Palanivel , Timbalan Presiden MIC bertanding di Hulu Selangor. Umno cadangkan Saktivel dan V. Mugilan. Umno tak suka Palanivel, kuda tua MIC yang juga orang kuat Samy Vellu. Umno hanya boleh cadangkan calon daripada MIC bukan daripada parti sendiri. Menangis tak berlagu orang Melayu yang sokong BN di Hulu Selangor. Lain yang diharapkan lain pulak yang jadi. Pengundi Melayu BN akan buat protes dengan undi calon PKR ,Datuk Zaid Ibrahim ,bekas Menteri dan seorang yang berkebolehan dalam undang-undang.

Itulah saja kerja Umno dalam prk di Hulu Selangor. Hanya jadi tukang cedok lauk kepada MIC. MIC nak tambah nasi, kuah kari dan papedom Umno tolong tambahkan sebab Umno dah tak boleh jadi calon di Hulu Selangor. Malang sungguh nasib Umno dalam prk Hulu Selangor.Pengundi Melayu yang prihatin kepada bangsa sendiri akan fikir dua kali untuk pangkah BN dalam prk Hulu Selangor. Atas nama kesedaran,Umno-Bn bercengkerama dengan agen Israel berubahlah wahai pengundi Melayu jangan undi parti BN yang terbukti merosakkan maruah agama ,bangsa dan negara!

Umno yang tak ada modal untuk tutup kelemahan kerana akur kepada MIC hanya bercakap isu tak boleh gunatandas dan kencing untuk alih perhatian orang Melayu yang semakin bijak memilih calon dalam pilihanraya. Umno berkempen menjual 'sampah busuk' kepada pengundi yang hadir dengar ceramah pemimpin Umno di Hulu Selangor. Dikumpul sampah banyak-banyak letak atas meja lalu penceramah Umno pun berkata,"Mari-mari siapa mau beli ini sampah!"

BN bubar Jentera Pilihanraya

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

KUALA LUMPUR : Ribut yang melanda Barisan Nasional (BN) kini dilihat semakin kencang apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilaporkan media akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor dan bukannya G Palanivel seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Kurang senang dengan keputusan itu, kebanyakan pemimpin atasan MIC dikhabarkan media akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel.

Menurut sumber media,presiden MIC, Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu dalam mesyuarat malam semalam di Parlimen.

Khabar angin dan laporan media yang mendakwa kemungkinan calon pilihan parti akan diubah mencerminkan pergolakan dalaman yang sedang berlaku dalam BN dan UMNO sendiri.

Beberapa penyokong akar umbi juga dilaporkan mengugut tidak akan keluar mengundi dan membubarkan jentera parti jika calon pilihan MIC tidak dipilih.
Khabar angin juga tersebar bahawa beberapa cawangan Umno juga sedang melobi pada minit terakhir bagi menyokong Mugilan.

Berikutan dakwaan media itu, Samy Vellu telah mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Malaysian Insider (MI) kerana menyiarkan berita melalui portalnya yang disifatkan berniat jahat.

Beliau juga menafikan segala khabar angin dan berita seperti yang pernah dilaporkan media itu.

BN lazimnya mendahului dalam menamakan calonnya tetapi kali ini menjelang tempoh kurang 48 jam seperti yang dijanjikan, siapa yang bakal mewakili mereka terus menjadi tanda tanya.

Cramah Anwar di Sungai Selisek

Posted: | Posted by huhu | 0 comments




Najib Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor!!

Posted: Tuesday, April 13, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

Berita tergempar!! Dato' Seri Najib telah mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan di Selangor akibat daripada kegagalan misi beliau iaitu untuk merampas semula Selangor.

Sebelum ini Najib dikatakan sudah berkali-kali menyerang Pakatan Rakyat di Selangor, namun ternyata setiap percubaannya itu gagal.

Peletakkan jawatan ini akan diumumkan oleh Dato Noh Omar selaku timbalannya dalam jangka masa terdekat ini bagi memberi laluan kepada Pilihanraya kecil Hulu Selangor ini supaya jentera-jentera MIC tidak terganggu emosi dengan peletakan jawatan Najib.

Noh dikatakan akan mengambil tempat Najib sebaik sahaja pengumuman tergempar ini di keudarakan. Berita tergempar ini disahkan oleh beberapa sumber terdekat demi untuk mendapatkan kepastian yang jitu. Menurut suumber-sumber tersebut, Najib dikatakan membuat kenyataan drastik itu ekoran daripada kegagalan konvensyen BN baru-baru ini.

BN terbalik Di Hulu Selangor

Posted: | Posted by huhu | 0 comments


MIC sejak awal-awal lagi melalui Presidennya yang tewas di tangan rakyat Sg. Siput mengumumkan hanya ada1 calon sahaja iaitu G.Palanivel. UMNO Bahagian Hulu Selangor pula tanpa mengambil masa yang panjang menyatakan secara jelas bahawa merka mahu calon daripada UMNO sebagai calon BN. Berlaku satu ruang 'vakum' disitu sehinggalah Najib mengumumkan bahawa calon dari MIC akan dipilih bagi mewakili BN.

Sebenarnya berlaku tsunami politik BN apabila Najib membuat pengumuman tersebut!
Dikalangan ahli-ahli UMNO Hulu Selangor, gegak gempita tsunami itu cuba ditutup dengan susah payah oleh pimpinan Bahagian termasuk Ketuanya sendiri!

Suara-suara tsunami itu kini semakin membuak-buak apatahlagi apabila mendengar desas-desus bahawa PKR akan mencalonkan calon berbangsa Melayu! Hinggakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia terpaksa mengeluarkan kenyataan berbentuk cabaran agar PKR meletakkan calon berbangsa India?

Sangat-sangat jelas sebenarnya diatas kenyataan/permintaan tersebut bahawa UMNO benar-benar tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka terpaksa menerima keputusan Najib yang mahukan calon MIC. Masakan tidak? MIC Hulu Selangor sebenarnya didalam keadaan yang agak tenat selepas kekalahan mengejutkan pada PRU 2008 yang lalu.

Bagi Pakatan Rakyat, PAS Kawasan Hulu Selangor sejak dahulu lagi menyatakan sokongan penuh kepada PKR agar meletakkan calon. Tiada sebarang keraguan mengenai hal itu walaupun hakikatnya jentera PAS Hulu Selangor lebih tersusun dan berpengalaman. PAS menerima PKR sebagai sebuah parti yang 'junior' tetapi berpotensi sebagai sahabat didalam usaha menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kezaliman UMNO-Barisan Nasional dan tetap dengan agenda utamanya mengakkan Hukum Allah di Malaysia ini.

Pastinya Najib sedang pening kepala memikirkan siapakah calon terbaik yang mampu dipilih bagi memuaskan hati semua pihak terutamanya pengundi melayu yang memiliki lebih 50% majoriti di Hulu Selangor ini.

Konsep politik perkauman Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO sebenarnya semakin ditolak oleh rakyat Malaysia. Apakah Hulu Selangor akan menjelaskan lagi mesej ini?

Khir Toyo Pening Dipijak

Posted: | Posted by huhu | 0 comments










UMNO Persetankan MIC

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

Lihatlah perbalahan yang berlaku antara UMNO dan MIC. Ternyata puak-puak UMNO tidak akan membantu jentera pilihanraya di Hulu Selangor ini kerana calon MP adalah bukan dari UMNO.

Esok Pengumuman Calon PKR

Posted: | Posted by huhu | 0 comments

Esok, teka-teki mengenai siapakah calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan terjawab.

hulu selangor by-election pkr initiating election campaign frontimagePengumuman calon PKR itu akan dibuat dalam majlis yang akan berlangsung di pusat komuniti Serendah jam 8.30 malam esok.

Tarikh pengumuman tersebut turut dimuatkan dalam blog ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Anwar, majlis tersebut akan turut dihadiri presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut dijadualkan hadir ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, naib presiden PKR Azmin Ali, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution dan ahli parlimem Bukit Gantang dari PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Sebelum ini beberapa nama disebut-sebut layak dipilih untuk mewakili PKR bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

pkr egm bangi zaid ibrahim joins pkr event 130609 14Bagaimanapun, penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kanan), besar kemungkinan dijangka terpilih.

Seorang lagi nama yang disebut ialah pakar bedah saraf, Dr Halili Rahmat.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad baru-baru ini akibat barah otak.

Manakala BN pula akan mengumumkan calonnya pada hari Khamis ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 17 April dan pengundian pada 25 April.

Sementara itu, ketika majlis penyerahan geran permulaan prasekolah swasta di Tadika Wawasan Gemilang, di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional akan mengemukakan seorang anak tempatan di kawasan itu.

Peneroka Sg Buaya harap BN selesai isu pampasan

Posted: Monday, April 12, 2010 | Posted by huhu | 0 comments

Peneroka Felda Sungai Buaya mengharapkan BN akan memberi perhatian dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, untuk menyelesaikan isu tuntutan bayaran pampasan bagi tanah mereka yang sudah berlarutan lebih 10 tahun yang lalu.

Setiausaha jawatankuasa kemajuan rancangan kawasan tersebut, yang peneroka di situ, Makazzen Marzuki, 70, (kiri) berkata beliau difahamkan BN akan membantu menyelesaikan masalah mereka itu, namun belum ada kepastian setakat ini.

"Sekarang ada angin bergoyang sikit-sikitlah, tapi belum jelas apa-apa yang dia (BN) hendak bagi itu," katanya yang merupakan antara peneroka terawal di kawasan itu.

"Kalau mereka bagi RM250 juta baki itu baguslah. Kalau tidak, tidak tahulah saya," katanya lagi ketika ditemui di kampung itu.

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan
melawat kawasan perumahan Bandar Sungai Buaya esok dan dijangka menyentuh isu tersebut dalam ucapannya.

Makazzen berkata, itu adalah tuntutan utama mereka bagi pilihan raya kali ini.

Baki tanah seluas 1,620 ekar itu gagal dibangunkan pemajunya apabila syarikat berkenaan mengalami kegawatan, kesan krisis matawang Asia pada 1997.

Tanah tersebut merupakan sebahagian daripada 3,100 ekar milik peneroka yang disatukan pada 1994.

Kawasan itu kini dibangunkan sebagai taman perumahan Bandar Sungai Buaya yang dilengkapi sebuah sekolah.

Sebahagian daripada penduduk berkenaan menerima bentuk penyelesaian pampasan untuk setiap ekar tanah bernilai RM150,000 seekar itu, yang dicadangkan syarikat berkenaan.

Ada antara peneroka itu kini memiliki hingga tiga rumah teres yang kini bernilai sehingga RM350,000 setiap unit, namun 100 orang lagi mengambil jalan untuk menyelesaikannya di mahkamah.

Kes tersebut kini masih di mahkamah, kata Makkazen lagi.

"Bermula pada Ogos 1995, mereka bayar secara runcit (ansuran), kadang mereka bayar RM5,000, ada RM10,000.

"Kali terakhir mereka bayar RM50,000 pada Februari 1996. Kemudian mereka tidak boleh bayar lagi.

"Ada peneroka yang ambil rumah (sebagai bayaran baki), tapi ada yang tidak ambil sebab mereka mahu tunai baki RM250 juta itu," katanya.

Tambahnya, daripada 100 orang yang menuntut bayaran balik itu, kini hanya tinggal seramai 87 orang yang masih hidup termasuklah dirinya.

Ditemui selepas itu, ketua kampung berkenaan Mustaf Talib (kanan) berkata berkata beliau telah menyerahkan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengenalpasti sebuah syarikat berkaitan kerajaan untuk membeli baki tanah milik peneroka.

"Sebelum ini PLUS telah umumkan untuk buat 'interchange' ke Sungai Buaya, jadi mudahlah untuk majukan kawasan ini.

"Sekarang baki tanah itu juga sudah ditukar ke status industri.

"Saya rasa kerajaan pusat boleh bantu, saya sudah cadang supaya GLC ambil serta merta dan bayar terus kepada peneroka.

"Mereka boleh bagi pendahuluan dulu sebanyak 10 peratus atau 15 peratus dan selebihnya bayar selepas pilihan raya.

"Itu saja masalah yang dihadapi mereka sekarang. Kalau mereka dapat balik pampasan itu, selesailah semuanya," katanya.