Dengan baki tiga hari lagi sebelum kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir, PKR merayu pengundi yang menyokong parti itu supaya pulang ke kampung halaman masing-masing pada Ahad ini untuk mengundi. Undi Orang AsliKain-kain rentang didirikan mengingatkan pengundi bahwa PKR akan tewas jika pengundi yang bekerja di luar Hulu Selangor, khususnya golongan muda tidak pulang.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Khai Loon (bawah, kanan), purata 10 peratus daripada 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor sekarang ini bekerja ataupun menghuni di tempat lain.“Daripada sessi bermesra dengan penduduk tempatan, kita dapati daripada setiap 100 rumah yang dilawati, 10 keluarga mempunyai anak-anak yang bekerja ataupun menghuni di tempat lain,” katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu hari ini.
Justeru, katanya, PKR akan cuba merayu pengundi muda berkenaan supaya pulang melalui kempen di Facebook, laman mikro-blogging Twitter, mesej teks telefon dan video di internet.
“Kami juga menggesa rakan-rakan dan keluarga untuk memujuk mereka yang tinggal di luar Hulu Selangor untuk pulang Ahad ini. Gunakan pilihan raya kecil ini sebagai alasan untuk mengadakan perhimpunan keluarga,” katanya.
Penyelaras kempen DAP, Lau Weng San berkata pihaknya akan juga mengiklankan mesej berkenaan di akhbar arus perdana hujung miinggu ini untuk tujuan berkenaan.
Beliau meramalkan separuh daripada pengundi muda dari Hulu Selangor bekerja di kawasan seperti Kuala Lumpur, Rawang, Selayang dan Tanjung Malim.
“Pengundi muda adalah penyokong kita, jadi kita tidak boleh kehilangan satu pun undi mereka,” katanya.
Selain undi golongan muda, parti-parti politik juga cuba meraih undi 721 orang Asli.
Bagaimanapun menurut PKR, BN menggunakan taktik kotor memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk berkempen bagi pihak mereka.Mereka mendakwa kenderaan JHEOA digunakan bagi membawa barangan kepada orang asli dan logo jabatan itu dilekatkan logo BN.
Antara barangan yang diberikan termasuk biji benih, makanan, alkohol, menganjur konsert rock dan juga wang tunai.
Namun menurut penduduk Kampung Orang Asli Serendah, Masah Anak Tan, dia masih tidak terpengaruh kerana BN melayan mereka tanpa sebarang hormat.
“Mereka datang membawa manggis dan kelapa tetapi setelah mengambil gambar, manggis-manggis itu dipunggah semula ke kenderaan mereka,” katanya.
Masah (kiri) juga mengadu mengenai pondok polis sementara yang didirikan di kampung mereka yang dikatakannya sesuatu yang tidak pernah dilakukan.
Bagi Ramli Lugan, seorang Asli yang juga penyokong PKR, kehadiran polis itu dilihatnya sebagai satu bentuk ugutan.
Penduduk juga mendakwa JHEOA menggesa mereka menghalau para penyokong PKR yang kini menetap dengan beberapa keluarga orang Asli.
Exco kerajaan negeri Selangor bagi hal ehwal orang Asli, Elizabeth Wong menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencengahan Rasuah dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk bertindak terhadap salah laku itu
Pengundi Muda hulu Selangor Dirayu Pulang Kuburkan BN
Posted:
Thursday, April 22, 2010 |
Posted by
huhu
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(44)
-
▼
April
(44)
- Pesanan Zaid Irahim
- Hulu Selangor: Pengundi Perlu Pertahan Maruah!!
- Hari Terakhir - Diari Hulu Selangor
- Hari ketujuh - diari Hulu Selangor
- Guna Akal Untuk Menilai Politik di Hulu Selangor
- Generasi Ke-2 Felda Dapat Pembelaan Kerajaan Selangor
- Anwar: Najib Dicabar Debat Isu APCO di Hulu Selang...
- Pengundi Muda hulu Selangor Dirayu Pulang Kuburkan BN
- Hulu Selangor: Rumah Kosong Dikecuali Cukai Pintu
- Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz Ampunkan Zaid, Siapa ...
- Hari keenam - diari Hulu Selangor
- BN Bukan Tabur Janji Tapi Tabur Fitnah
- Hari kelima: Program kempen di Hulu S'gor
- Hari keempat: Program kempen di Hulu S'gor
- MIC Lawan PKR, Calon Bebas Angkat Bendera Putih
- Zaid calon Bersih
- Laporan Sekitar Hari Penamaan Calon Piliharaya Kec...
- Hulu Selangor Perlu Pandang Serius Isu APCO
- PRK Hulu Selangor:'Mr Sivaji' ka 'Mr MGR 'ka , mud...
- Kawasan Panas!!
- UMNO kempunan Tak Dicalonkan
- BN bubar Jentera Pilihanraya
- Cramah Anwar di Sungai Selisek
- Najib Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Perhubungan ...
- BN terbalik Di Hulu Selangor
- Khir Toyo Pening Dipijak
- UMNO Persetankan MIC
- Esok Pengumuman Calon PKR
- Peneroka Sg Buaya harap BN selesai isu pampasan
- Hulu Selangor Cerminkan Najib Ditolak Jatuh Kedala...
- Kempen BN Hulu Selangor Tiada Sambutan
- Pengundi Hulu Selangor Matang, Tolak Propaganda Um...
- Jatuhkan Umno-Bn di Hulu Selangor Jika Prihatin De...
- Palanivel Calon tunggal MIC
- BN letak Calon Bermasalah
- Persiapan Rapi Pakatan Rakyat Dalam Menghadapi PRK
- Najib Minta Senyap tentang Calon BN Hulu Selangor
- Sungai Buaya, Hulu Selangor, Bangkit Menentang UMN...
- PRK Hulu Selangor BN Baru Nak Turun Padang Rakyat ...
- UMNO Tidak Sokong Calon MIC
- Blog Khas PRK Hulu Selangor
- Ku LI Persenda Najib
- Najib Gentar Hadapi PRK Hulu Selangor
- Ingat APCO Jangan Undi BN
-
▼
April
(44)
My Blog List
-
-
-
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno6 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?10 years ago
-
Media Janji Akan Bersikap Adil14 years ago
-
-
0 comments:
Post a Comment