BATANG KALI 22 April - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat di hadapan rakyat Hulu Selangor berhubung penglibatan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. "Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini. "Kita boleh beri berapa lama masa yang dia perlukan janji dia berani berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan. Jangan hantar orang suruhan saja," jelasnya pada ceramah di Batang Kali semalam dihadapan ribuan penyokong. Beliau juga menjelaskan tentang dasar kerajaan negeri Selangor dalam memberi kebajikan kepada rakyat selain meminta rakyat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti. "Sebelum ini saya sudah jelaskan dasar kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di negeri Selangor yang telah terbukti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. "Saya berharap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik agar seluruh penduduk di Hulu Selangor akan terbela, kita kena pilih calon yang berprinsip seperti Datuk Zaid Ibrahim yang jelas tentang pegangan beliau tanpa memikirkan kepentingan peribadi. "Sebelum ini saya dah beritahu kepada keluarga Zaid agar bersiap sedia menghadapi serangan kotor dari Umno kerana mereka ini akan menggunakan apa saja tanpa memikirkan akibat selepas itu. Tengok apa yang berlaku sekarang, Umno membuat serangan peribadi. "Saya harap keluarga Zaid dapat hadapi semua itu dan jangan bimbang kita sentiasa memberi sokongan kepada Zaid," jelasnya lagi. Anwar juga memberitahu setiap kejahatan yang ingin dilindungi tidak akan bertahan lagi sampai masanya terbongkar juga. "Berapa lama Najib nak sembunyikan penglibatan rasuah dalam pembelian kapal selam, di Malaysia bolehlah di selindungi tetapi kalau di Paris macam mana nak tutup. Sekarang kes rasuah berkaitan dengan pembelian kapal selam sudah di bongkar di sana dan akan difailkan di mahkamah Paris, Najib kena jawap jangan lepas tangan begitu saja kerana ini melibatkan maruah negara," tegas Anwar lagi. Beliau menegaskan apa yang berlaku di dalam KEADILAN tentang calon yang lompat adalah satu proses memantapkan parti. Ini juga telah berlaku kepada PAS sebelum ini yang menyebabkan PAS menjadi parti yang mantap sehingga Barisan Nasional takut hendak menghadapinya.
Anwar: Najib Dicabar Debat Isu APCO di Hulu Selangor!!
Posted:
Friday, April 23, 2010 |
Posted by
huhu
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(44)
-
▼
April
(44)
- Pesanan Zaid Irahim
- Hulu Selangor: Pengundi Perlu Pertahan Maruah!!
- Hari Terakhir - Diari Hulu Selangor
- Hari ketujuh - diari Hulu Selangor
- Guna Akal Untuk Menilai Politik di Hulu Selangor
- Generasi Ke-2 Felda Dapat Pembelaan Kerajaan Selangor
- Anwar: Najib Dicabar Debat Isu APCO di Hulu Selang...
- Pengundi Muda hulu Selangor Dirayu Pulang Kuburkan BN
- Hulu Selangor: Rumah Kosong Dikecuali Cukai Pintu
- Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz Ampunkan Zaid, Siapa ...
- Hari keenam - diari Hulu Selangor
- BN Bukan Tabur Janji Tapi Tabur Fitnah
- Hari kelima: Program kempen di Hulu S'gor
- Hari keempat: Program kempen di Hulu S'gor
- MIC Lawan PKR, Calon Bebas Angkat Bendera Putih
- Zaid calon Bersih
- Laporan Sekitar Hari Penamaan Calon Piliharaya Kec...
- Hulu Selangor Perlu Pandang Serius Isu APCO
- PRK Hulu Selangor:'Mr Sivaji' ka 'Mr MGR 'ka , mud...
- Kawasan Panas!!
- UMNO kempunan Tak Dicalonkan
- BN bubar Jentera Pilihanraya
- Cramah Anwar di Sungai Selisek
- Najib Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Perhubungan ...
- BN terbalik Di Hulu Selangor
- Khir Toyo Pening Dipijak
- UMNO Persetankan MIC
- Esok Pengumuman Calon PKR
- Peneroka Sg Buaya harap BN selesai isu pampasan
- Hulu Selangor Cerminkan Najib Ditolak Jatuh Kedala...
- Kempen BN Hulu Selangor Tiada Sambutan
- Pengundi Hulu Selangor Matang, Tolak Propaganda Um...
- Jatuhkan Umno-Bn di Hulu Selangor Jika Prihatin De...
- Palanivel Calon tunggal MIC
- BN letak Calon Bermasalah
- Persiapan Rapi Pakatan Rakyat Dalam Menghadapi PRK
- Najib Minta Senyap tentang Calon BN Hulu Selangor
- Sungai Buaya, Hulu Selangor, Bangkit Menentang UMN...
- PRK Hulu Selangor BN Baru Nak Turun Padang Rakyat ...
- UMNO Tidak Sokong Calon MIC
- Blog Khas PRK Hulu Selangor
- Ku LI Persenda Najib
- Najib Gentar Hadapi PRK Hulu Selangor
- Ingat APCO Jangan Undi BN
-
▼
April
(44)
My Blog List
-
-
-
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno6 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?10 years ago
-
Media Janji Akan Bersikap Adil14 years ago
-
-
0 comments:
Post a Comment